Lina Rosli Diterbitkan 22 November 2021

Mengapa Tangan Dan Jari Akan Sejuk Ketika Gugup Atau Tertekan?

Tangan dan kaki menjadi sejuk mungkin boleh berlaku disebabkan oleh cuaca dan keadaan persekitaran yang mempunyai suhu yang rendah. Hal ini kerana, apabila angin yang sejuk terkena pada kulit, tubuh anda akan cuba untuk mengekalkan suhu badan yang normal.

Tanda dan gejala yang perlu diperhatikan apabila anda mempunyai tangan yang sejuk termasuk:
  • Kaki atau tangan menjadi sejuk sehingga mengubah warna kulit
  • Kebas atau kesemutan
  • Menyebabkan luka atau melepuh
  • Kulit tegang dan mengeras

Namun, jika berlakunya keadaan yang mana tangan dan kaki sentiasa sejuk, ia mungkin menandakan anda terdapat masalah dengan aliran darah atau saluran darah pada bahagian tangan anda.


Sebagai contoh, apabila anda duduk di dalam bilik yang dilengkapi penyaman udara dan mendapati tangan anda bertukar sejuk yang melampau, ia berkemungkin besar anda mengalami masalah pada aliran darah. Bukan itu sahaja, kulit anda memperlihatkan perubahan seperti warna menjadi seakan pucat kebiruan yang mana ia boleh menjadi tanda amaran radang dingin.

Tahukah Anda Tekanan Turut Boleh Menjadi Punca Tangan Menjadi Sejuk?

Tekanan dan kebimbangan juga boleh menyebabkan jari dan tangan sejuk. Ia disebabkan oleh berlakunya lonjakan epinefrin atau hormon adrenalin dalam tubuh. Untuk pengetahuan anda, epinefrin ini penting dalam menghasilkan tindak balas “lawan atau lari”.

Oleh itu, apabila anda mengalami tekanan, kedua-dua hormon ini bertindak. yang mana akan menyebabkan saluran darah di tangan dan jari mengecut dan mengurangkan aliran darah ke jari.


Jadinya, sekiranya anda mendapati anda tangan dan kaki menjadi sejuk apabila tertekan, cara paling mudah untuk mengawalnya adalah dengan melakukan tatihan pernafasan dalam, meditasi, senaman fizikal dan teknik pengurusan tekanan yang lain.

Mengapa Gugup Dan Tekanan Boleh Menyebabkan Tangan Menjadi Sejuk?

Mengalami tangan sejuk akibat serangan panik mungkin merupakan tanda bahawa anda mengalami hiperventilasi. Kesannya, anda akan merasakan kadar dan kekerapan pernafasan adalah lebih tinggi. Faktot ini sebenarnya  diakibatkan oleh lebih banyak karbon dioksida yang dikeluarkan berbanding kadar yang dihasilkan oleh badan. 


Bukan itu sahaja, ia juga boleh dikaitkan dengan kekuatan jantung yang terlalu lemah untuk menghantar darah ke tangan dan jari anda. Namun, perkara ini harus diperiksa dan disemak oleh doktor pakar bagi mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku.

Selain itu, ketika anda sedang tertekan, tubuh biasanya akan lebih sensitif dan seterusnya menyebabkan anda menyedari hampir setiap perubahan yang dilakukan oleh badan anda.

Jika anda tidak memberi perhatian kepadanya, ia cenderung tidak terlalu sejuk tetapi jika anda memikirkannya, ia akan lebih mudah dirasa. Itulah yang dilakukan oleh hipersensitiviti kepada anda, jadi mereka yang merasakan “tangan sejuk”, ia juga mungkin hanya sensitif terhadap perasaan badan mereka akibat kebimbangan.

Sumber: Calm Clinic Medical News Today