Carian
Keliru Untuk Memilih Pasir Yang Sesuai Untuk Kucing Anda? Ini 4 Jenis Pasir Yang Boleh Dipertimbangkan
November 22, 2021 Lina Rosli

Jika anda lihat di pasaran, terdapat beberapa jenis pasir najis yang berlainan tersedia untuk kucing. Bagi setiap pasir yang berbeza, ia dirumus khas untuk pelbagai jenis keperluan bagi mengurangkan bau dan memberikan keselesaan kepada kucing anda.

Seperti yang anda tahu, kucing adalah makhluk yang sangat bersih dan sangat sensitif kepada kotoran. Oleh sebab itu, sesetengah kucing akan mencari kawasan yang mereka rasa bersih untuk membuang air. Disebabkan mereka tidak boleh membersihkan sendiri kotak najis sendiri, mereka memerlukan anda untuk bertanggungjawab terhadap kebersihan kotak najis mereka.


Bagi memastikan kucing anda menggemari pasir najis yang disediakan, berikut adalah beberapa jenis pasir yang boleh anda terokai:

Pasir Najis Jenis Pasir

Pasir najis jenis pasir adalah apa yang digunakan oleh kebanyakan kucing, yang juga banyak disediakan oleh kebanyakan penjaga kucing.

Untuk pasir biasa, ia adalah jenis yang paling murah selain jenis ini biasanya dikeluarkan 100% semula jadi. Melaluinya, ia akan mengehadkan kesan kepada alam sekitar apabila ia dibungkus dan dilupuskan. Ini juga yang menjadikannya selamat untuk kucing anda kerana tiada bahan kimia ditambahkan padanya.


Secara amnya, jika pasir ini terkena najis kucing, ia akan mula bergumpal apabila basah, menjadikannya mudah untuk dicedok. Ia juga mengawal bau dan bertindak sebagai agen pengeringan najis. Walau bagaimanapun, pasir najis jenis pasir mudah untuk bersepah terutamanya jika angin kencang bertiup, boleh menyebabkan banyak habuk di dalam rumah anda.

Pasir Najis Jenis Tanah Liat

Pasir jenis tanah liat diperbuat daripada tanah liat yang telah dihancurkan yang mana ia bertindak baik dalam menyerap air kencing kucing anda. Sama seperti jenis pasir, ia juga menghalang bau busuk dan memudahkan kucing menimbus najisnya.


Pasir Najis Jenis Kristal

Untuk versi kristal, ia mungkin lebih mahal sedikit berbanding pilihan lain tetapi ia juga mempunyai kadar penyerapan yang lebih tinggi menjadikan sejumlah kecil produk bertahan lebih lama.

Pasir jenis kristal akan menyerap sebarang kebasahan dan bau sekaligus memudahkan dan memberikan keselesaan pada kucing anda untuk masuk dan buang air.


Apa yang menarik untuk jenis kristal juga, ia juga mudah dibersihkan. Anda boleh tahu bila kristal perlu ditukar apabila ia tidak lagi menyerap air kencing kucing.

Pasir Najis Jenis Kertas

Akhir sekali untuk pasir najis jenis kertas adalah satu lagi pilihan yang baik untuk anda pertimbangkan dalam mengurus bahan buangan kucing anda.

Selain itu, ia menggunakan bahan terbuang dan dikitar semula untuk membentuk pellet besar untuk memerangkap najis kucing. Kertas mempunyai kuasa menyerap yang sangat baik, dan ia terbukti bagus untuk menghilangkan bau.


Berikut adalah beberapa jenis pasir najis kucing yang boleh anda pilih untuk disediakan pada kucing anda. Kesemuanya bergantung pada keutamaan dan keperluan kucing anda. Anda boleh memperkenalkan mereka kepada beberapa pilihan ini, untuk melihat yang mana mereka lebih suka daripada lima jenis pasir ini, anda boleh mencuba beberapa pilihan yang paling dekat dengan tabiat kucing anda.

Ia sememangnya memerlukan jangka masa panjang untuk memperkenalkan jenis pasir bagi mengetahui sebarang kerumitan yang akan dialami oleh kucing anda.

Komen