Pada acara World’s Fair Necklace yang diadakan di Dubai baru-baru ini, Tiffany & Co telah memperkenalkan set barangan  perhiasan yang dihiasi dengan sejumlah 180 karat berlian yang juga disempurnakan dengan kemasan platinum.

Apa yang menjadi tumpuan utama pengunjung pada acara tersebut adalah cincin mewah yang dikenali sebagai “The Empire Diamond”. Cincin ini menampilkan rekaan bujur yang dihiasi dengan 80 karat belian pada bahagian tengahnya.

Bukan itu sahaja, berlian ini juga merupakan berlian warna D iaitu gred tertinggi dalam kalangan berlian lain yang mana ia menampilkan rupa yang hampir tidak berwarna.


Menurut Tiffany & Co juga nama “Empire Diamond” dinamakan bersempena dengan ikonik New York yang terletak kampung halaman tukang emas. Empire Diamond ini diperoleh dari Botswana, yang kemudiannya dipotong dan digilap di Israel dan akhirnya dipamerkan di bengkel Tiffany di New York City.

Bersempena acara World’s Fair Necklace juga, Tiffany & Co memasukkan elemen serba boleh pada koleksi Empire Diamond. Ia dilihat boeh boleh dimunculkan dan dipasang pada cincin dengan membuka skru di sekeliling batu dengan berhati-hati.

Jadinya, untuk sesiapa yang membeli cincin “The Empire Diamond” akan ditawarkan program perkhidmatan seumur hidup oleh tukang emas Tiffany sekiranya memerlukan barang berkenaan ditukar bahagian daripada rantai kepada cincin atau sebaliknya.

Setakat ini, set The Empire Diamond tersedia untuk dijual, namun Tiffany & Co masih tidak mendedahkan harga untuk kesemua barangan perhiasan di bawah siri ini.

Berdasarkan anggaran kos yang dikira oleh pakar industri, ia menganggarkan bahawa kesemua barang perhiasan inia akan menelan kos antara $20 juta dan $30 juta.

Untuk “The Empire Diamond”, ia adalah keluaran termahal dalam sejarah tukang emas Tiffany & Co selepas keluaran 128.54 karat melalui siri “Tiffany Diamond” yang terkenal.