Carian
Bask Bear Coffee Tawarkan Kopi Panas Berharga RM5 Setiap Kali Hujan – Sehingga 31 Disember
November 23, 2021 Lina Rosli

Apabila hujan turun, pernahkah anda berada di dalam situasi yang mana anda ingin mendapatkan sesuatu makanan atau minuman yang mampu menghangatkan semula tubuh anda?

Seperti pengalaman penulis sendiri, hujan adalah masa yang amat baik untuk menghirup minuman panas bagi mengembalikan kehangatan badan ketika suhu rendah. Di tambah lagi dengan sajian kopi pula, pastinya ia adalah pilihan yang paling sesuai untuk dinikmati sewaktu hari hujan.


Oleh itu, Bask Bear Coffee nampaknya ingin menjadikan hari hujan anda lebih bermakna menerusi penawaran harga yang lebih rendah untuk kesemua sajian minuman panas yang disediakan di dalam menu.

Bermula hari ini hingga 31 Disember 2021, dapatkan minuman panas di Bask Bear Coffee pada harga hanya RM5 setiap kali hujan turun. Promosi ini tersedia di rangkaian fizikal Bask Bear Coffee berdekatan anda.

Komen