Carian
Bagaimana Cara Mengurangkan Rasa Sakit Lidah Terbakar – Akibat Makan Makanan Panas?
November 23, 2021 Lina Rosli

Selepas menghirup sup atau kuah panas, atau makan makanan yang baru sahaja diangkat daripada kuali, pastinya akan memberikan kesan atau sensasi terbakar pada lidah.

Apabila berlakunya keadaan ini, anda akan merasakan terdapatnya benjolan kecil pada lidah buat sementara waktu. Walaupun ia berasa tidak selesa pada tempoh yang sekejap, namun ia sememangnya akan menyebabkan rasa tidak selesa selain ia mengganggu deria rasa anda untuk menikmati makanan lain.

Untuk pengetahuan anda, luka atau kebakaran lidah ini memerlukan tindak balas yang cepat jika anda ingin mengurangkan kesakitan. Oleh itu, Tajria ingin berkongsi 5 tips bagi membantu mengurangkan rasa sakit kesan daripada pengambilan minuman dan makanan panas.


Cari Dan Minum Air Atau Makanan Sejuk

Seperti mana-mana kebakaran ringan, air sejuk boleh membantu meredakan kerengsaan lidah.

Minum segelas air sejuk untuk menurunkan suhu lidah anda yang terbakar dan memastikan mulut anda terhidrat. Aliran air liur adalah kunci untuk memastikan bakteria tidak terus membahayakan kawasan tersebut.

Selain itu, pastikan anda menjauhi makanan dan minuman panas, yang hanya akan merengsakan lidah yang terbakar sehingga anda berasa kesan kebakaran awal telah sembuh.

Dapatkan Makanan Yang Lembut Dan Tidak Pedas

Selepas anda mengalami kebakaran lidah, adalah lebih baik untuk anda mendapatkan makanan yang lembut dan tidak pedas.

Ia bagi mengurangkan kerengsaan dan mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk. Oleh itu, dapatkan makanan sejuk yang mudah dimakan, seperti secawan buah-buahan, yogurt atau beberapa sos epal. 

Tambahan, untuk buah-buahan biasanya boleh membantu meredakan rasa terbakar. Selain itu, pastikan anda minum segelas air pada masa yang sama untuk membersihkan sisa makanan yang tertinggal yang masih boleh menyakiti lidah anda.

Bilas Lidah Dengan Air Garam

Anda juga boleh mengurang kesakitan lidah dengan membilas kerengsaan dengan berkumur dengan air garam.

Caranya, tambah 1/8 sudu teh garam ke dalam segelas air suam. Kemudian, bilas mulut anda perlahan-lahan dan kemudian ludahkannya. Garam ialah antiseptik semulajadi yang boleh mengurangkan bengkak dan kesakitan serta melegakan simptom melecur pada lidah anda.


Ambil Ubat-Ubatan Yang Mengandungi Acetaminophen Dan Ibuprofen

Selain itu, dua lagi cara untuk mengurangkan rasa sakit lidah akibat terbakar adalah dengan cara mengambil ubat-ubatan yang mengandungi  acetaminophen (Tylenol) atau ibuprofen (Advil) untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan.

Letakkan Gula Atau Madu Pada Lidah

Anda juga boleh pertimbangkan untuk menaburkan beberapa butir gula atau mencuba madu pada lidah bagi melegakan kesakitan.

Sekiranya keadaan tidak bertambah baik, anda perlu merujuk pakar atau doktor gigi anda jika luka tidak bertambah baik atau menunjukkan tanda jangkitan. Tanda-tanda jangkitan mungkin termasuk peningkatan kemerahan serta rasa sakit yang semakin meningkat dan lidah menjadi bengkak.

Sumber: Everyday Health

Komen