Khusus untuk peminat karakter Disney Frozen, nampaknya anda kini boleh mendapatkan barangan perhiasan HABIB edisi terhad.
Ia menampilkan set eksklusif Wafer Emas 999 Frozen Disney x HABIB dengan rekaan yang kreatif dan unik sesuai untuk pelbagai lapisan umur. Bagi yang tidak mengetahui, Frozen adalah filem animasi Disney dengan kutipan ketiga tertinggi dunia yang telah menjadi inspirasi ramai dengan jalan cerita yang menarik dan mesej-mesej yang positif.

Oleh itu, untuk keluaran Frozen Disney X HABIB, mereka menampilkan tiga rekaan yang menggunakan tiga karakter utama Frozen iaitu Elsa, Anna dan Olaf. Dengan penampilan watak ini, ia membawa nilai sentimen yang positif, memupuk keperibadian yang baik, kasih sayang kekeluargaan dan persahabatan.
Set koleksi ini dilengkapi dengan kotak eksklusif yang diikat cantik sesuai untuk dijadikan hadiah mahupun koleksi peribadi. Wafer emas ini boleh dibeli secara individu dengan harga RM118 ataupun satu set dengan harga RM354.

Koleksi Eksklusif Wafer Emas 999 Edisi Terhad Frozen Disney x HABIB kini tersedia dia laman edagang HABIB serta di platform Shopee dan Lazada, atau and ajuga boleh dapatkan di semua rangkaian fizikal HABIB.
Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi wafer emas atau kolaborasi HABIB dan Disney, sila layari laman rasmi HABIB www.habibjewels.com atau ikuti media sosial HABIB di Instagram @habibjewelsofficial dan Facebook @HABIB.