Bersempena festival Kanshasai di Jepun, UNIQLO menawarkan kepada ahli berdaftar akan tawaran istimewa bagi transaksi pembelian yang dilakukan.

Untuk pengetahuan anda, Kanshasai adalah gabungan perkataan Jepun yang boleh dipecahkan kepada Kansha yang bermaksud penghargaan. Sementara, Sai pula bermaksud perayaan.

Pesta Perhargaan merupakan upacara kuno yang dipanggil Niinamesai iaitu Pesta Menuai yang disambut pada tarikh 23 November setiap tahun. Asal usul upacara itu dipercayai telah bermula sejak penanaman padi mula-mula disebarkan ke Jepun lebih 2,000 tahun dahulu.

Ia kemudiannya dimodenkan selepas Perang Dunia II tamat, Niinamesai telah ditubuhkan semula sebagai Hari Kesyukuran Buruh di Jepun. Di tambah lagi, di Jepun tidak ada lagi menjadi masyarakat pertanian, tradisi ini mula berubah dan kini disambut sebagai hari berterima kasih dan menunjukkan penghargaan kepada orang yang bekerja keras.


Tawaran Istimewa UNIQLO Sempena Kanshasai

Anda berpeluang mendapatkan hadiah eksklusif bermula 26 November hingga 2 Disember 2021 sekiranya anda membeli-belah di kedai fizikal UNIQLO ataupun melakukan pesanan di platform atas-talian mereka.

Antara tawaran disediakan kepada ahli yang berdaftar termasuklah:

  • Dapatkan botol air keluli tahan karat UNIQLO untuk sebarang pembelian bernilai RM250. Anda boleh menebus dengan memuat turun dan mengimbas aplikasi UNIQLO sewaktu membeli-belah.
  • Tebus juga satu beg makanan ringan sihat apabila mendaftar keluar di kedai UNIQLO terpilih dengan perbelanjaan minimum RM100.
  • Untuk perbelanjaan bawah RM100, anda juga berpeluang penanda halaman UNIQLO tanpa sebarang nilai minimum.

Untuk maklumat lanjut tentang Festival Terima Kasih UNIQLO dan barangan tawaran istimewa, sila layari www.uniqlo.com.