Carian
10 Rutin Pembersihan Rumah Yang Mengambil Masa 30 Saat Untuk Melakukannya
November 24, 2021 Lina Rosli

Dengan kehidupan yang sibuk dan jadual yang penuh, kita jarang mempunyai masa tambahan untuk mengurus apa-apa. Kadangkala setelah pulang dari kerja, pastinya anda sudah penat dan tidak mempunyai tenaga untuk membersih dan mengurus rumah dengan teliti.

Lebih-lebih lagi untuk ibu yang bekerja dan mempunyai ahli rumah yang ramai, ia sudah tentu memerlukan anda untuk membersih rumah dengan lebih kerap.


Namun, tahukah anda sebenarnya, terdapat 10 rutin pembersihan rumah yang boleh anda lakukan jikalau anda hanya mempunyai masa setengah minit?

10 Rutin Pembersihan Rumah Yang Mengambil Masa 30 Saat Untuk Melakukannya

Berikut adalah 10 aktiviti atau rutin yang boleh anda lakukan:

Kosongkan sampah di dapur dan bilik mandi

Bersihkan sebelum ia menarik minat serangga dapur dan mengotorkan lagi dapur anda. Antara jenis serangga perosak yang boleh muncul di sampah termasuklah ulat, semut, lipas, serangga penyengat dan tikus.

Selain itu, tong sampah kecil di bilik air juga seringkali terlepas pandang sehingga boleh menyebabkan penternakan serangga perosak. Oleh itu, dengan hanya mengambil sedikit masa untuk membuang dan membungkus plastik sampah, ia dapat menyelematkan keadaan rumah anda.

Lap habuk skrin TV

Skrin televisyen adalah salah satu kelengkapan rumah sering memerangkap habuk. Jadinya, lap habuk di televisyen menggunakan helaian pengering bagi mengelakkan habuk daripada menetap semula.


Bersihkan tempat simpan penyedut hampagas

Luangkan sedikit masa untuk memerikasa dan membersihkan penyedut hampagas anda. Ingat untuk melakukan penyelenggaraan dan pembersihan lantai rumah, adalah penting untuk memastikan mesin anda berfungsi dengan baik.

Lap cermin dan pintu gelangsar

Cuba gunakan cuka dan surat khabar untuk membersihkan cermin anda. Cuka akan membantu cermin kering tanpa coretan. Sementara akhbar pula akan mengurangkan sisa kabur berbanding tuala kertas.

Bersihkan perkakas untuk tampak baru

Luangkan sedikit masa dan lap bahagian luar mesin basuh, peti sejuk, ketuhar, atau pengering anda. Ia bagi mengekalkan keadaan perkakas menjadi lebih tahan lama.

Tukar tuala di bilik mandi atau di dapur

Cegah pertumbuhan kuman dan bakteria dengan kerap menukar tuala tangan dan tuala dapur. Selain itu, anda juga perlu memastikan cadar ditukar setiap 3 hari seminggu bagi mengelakkan kerengsaan akibat sel kulit mati yang terdapat di permukaan dapur.

Tukar air dan cuci bekas pembaur

Bagi mengelakkan wap air yang dikeluarkan oleh pembaur mempunyai mendapan bakteria dan sebagainya, pastikan anda kerap menukar air dan mencuci bekas pembaur.

Letakkan pembaur di kawasan yang tidak terdedah kepada habuk seperti tingkap dan kipas.


Lap bahagian atas meja

Lap meja dan perabot di setiap ruang rumah, lebih-lebih lagi rak buku yang tidak kerap digunakan. Hal ini kerana, jika tidak kerap dibersihkan, sudah tentu ia menjadikan kawasan tersebut lebih cepat kotor dan berdebu.

Gunakan tisu pembasmi kuman bagi memudahkan anda mengelap meja dengan cepat selain dapat mengelakkan kuman daripada merebak atau melekat pada permukaan meja anda.

Bersihkan peti ais

Tiga puluh saat mungkin tidak mencukupi untuk melakukan pembersihan menyeluruh, tetapi masa yang cukup untuk membuang makanan yang telah basi dan tamat tempoh seperti susu lama atau bungkusan misteri berbalut foil yang bersembunyi di dalam laci sayur-sayuran.


Susun ubat mengikut jenis dan preskripsi

Buang ubat yang telah tamat tempoh dan tidak digunakan. Anda bukan sahaja akan membantu mengosongkan ruang untuk barangan lain, tetapi anda juga akan mengurangkan risiko racun atau penggunaan ubat yang tidak bersesuaian dengan keperluan tanpa sengaja.

Komen