Lina Rosli Diterbitkan 25 November 2021

Apakah Perbezaan Antara Kondominium Dan Pangsapuri?

Memandangkan kedua-dua struktur antara kondominium dan pangsapuri kelihatan sama secara kasar, jadinya ia sering menjadi kekeliruan oleh kebanyakan individu.

Benar, kedua-dua kondominium dan pangsapuri mempunyai saiz keluasan yang jauh lebih kecil daripada rumah banglo dan teres. Tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui bagi mengetahui perbezaan di antara kedua-duanya. 


Jadi, apakah perbezaan antara kondominium dan pangsapuri? Untuk membantu anda mengurangkan kekeliruan mengenai perbezaan kedua-dua rumah ini, Tajria akan berkongsi serba sedikit definisi dan beberapa istilah penting untuk membezakannya.

Apa Itu Kondominium?

Kondominium atau kondo, ialah unit kediaman milik individu dalam kompleks atau bangunan dengan unit yang serupa. Pemilik kondo memiliki unit mereka tetapi berkongsi ruang bersama, kemudahan dan sumber lain. Pemilik kondo juga perlu membayar yuran kondominium, yang meliputi kos penyelenggaraan kemudahan dan ruang bersama.

Menurut SG Associates, perbezaan terbesar antara kondominium dan pangsapuri ialah pemilikan. Biasanya, kondo dibeli manakala pangsapuri disewa.

Selain itu, qalaupun tidak ada cara untuk membezakan kondominium dan pangsapuri dengan hanya melihat rekaan luaran, kondominium lebih cenderung dibina mengikut standard fan berkualiti tinggi kerana perbezaan antara sewa dan jualan pasaran.


Kebaikan

  • Anda menetapkan peraturan untuk ruang anda
  • Biasanya tidak perlu berurusan dengan tuan tanah
  • HOA bertanggungjawab untuk pembaikan di bahagian luar bangunan dan kawasan umum

Keburukan

  • Komitmen jangka panjang
  • Kadar bayaran yang mahal
  • Pemilik bertanggungjawab ke atas semua kos penyelenggaraan unit
  • Pemilik perlu membayar yuran HOA

Apakah Itu Pangsapuri?

Tidak seperti kondo, pangsapuri biasanya dimiliki oleh penduduk yang menyewa unit daripada tuan tanah, tetapi masih ada juga pemilik rumah yang mendiami pangsapuri.

Berbanding dengan kos kondo, jika anda membeli unit pangsapuri mungkin dilihat lebih rendah. Namun, ia datang pada harga yang lain. Pangsapuri mampu milik di Malaysia mempunyai julat harga sekitar RM100,000. Ia selalunya mempunyai kemudahan yang terhad, serta tidak menyertakan ruang awam dan sosial seperti kondo yang lebih mewah.


Kebaikan

  • Bayaran wang pendahuluan yang lebih sedikit

Keburukan

  • Ruang awam dan sosial yang terhad
  • Tidak mempunyai kawalan sekuriti yang cukup ketat

Mana Lebih Baik, Beli Atau Sewa?

Jadi, soalan yang paling popular sering diutarakan kebanyakan individu sama ada patutkah mereka tinggal di kondo atau pangsapuri?

Jawapannya, kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan. Oleh itu, anda boleh mempertimbangkan sama ada untuk membeli atau menyewa.

Sebagai permulaan, ambil kira akaun bank anda dan fasa kehidupan. Adakah anda mampu membeli kondo? Adakah anda tahu di mana anda ingin membeli pangsapuri? Adakah anda bersedia untuk menetapkan akar yang lebih kekal? Sebaik sahaja anda menjawab soalan-soalan tersebut, anda boleh mula fokus untuk mencari ruang impian anda.

Sumber: iProperty