Carian
Kolaborasi Carsome Dan Tealive – Kini Menawarkan Pemeriksaan Kereta Percuma Di Cawangan Tealive Terpilih
November 25, 2021 Lina Rosli

Platform edagang Carsome dilihat telahpun hadir dengan sebuah inisiatif baharu yang dikatakan dapat membantu memudahkan perlaksanaan pemeriksaan kereta di Malaysia.

Oleh itu, dengan kerjasamanya bersama Tealive, anda kini boleh menempah pemeriksaan kereta secara percuma di cawangan Tealive terpilih di seluruh negara menerusi program Carsome Inspection Points.


Selari dengan inisiatif, ia dijangka akan menambahkan bilangan pengunjung ke cawangan Tealive dan mempelbagaikan pangkalan pelanggan bagi mengukuhkan jenama Tealive dan Carsome di pasaran.

Sekiranya anda telah melakukan tempahan, pemeriksa kenderaan profesional Carsome akan menjalankan pemeriksaan 175 titik yang menyeluruh pada kereta mereka dalam masa 30 minit.


Pelanggan yang menghantar kereta mereka untuk pemeriksaan di cawangan Tealive juga akan mendapat minuman percuma bernilai RM7 setelah kereta selesai diperiksa. Selain itu, 30,000 orang pelanggan pertama akan mendapat baucar Shopee RM15 dengan perbelanjaan minimum RM30 untuk pengguna kali pertama sahaja.

Pelanggan yang berminat untuk menjual kereta mereka boleh merujuk kepada senarai cawangan Tealive yang mengambil bahagian di sini dan menempah temu janji di carsome.my hari ini.

Komen