Selepas hadir dengan menu burger edisi terhad yang menawarkan rasa kandar yang unik, kini KFC membawakan satu lagi menu baru yang dinamakan KFC Ayam Pedas Nyonya yang diinspirasikan dari kulinari Peranakan Malaysia.

Hidangan dan masakan Nyonya sering menampilkan rasa yang menarik yang mana ia menggabungkan rasa masam, manis, dan pedas di dalam satu menu. Maka tidak hairanlan mengapa ramai yang pastinya meminati hidangan masyarakat ini sejak dahulu lagi.
Oleh itu, untuk menu baru KFC Ayam Pedas Nyonya, ia menampilkan ayam Hot & Spicy yang ditambah dengan rasa segar dari bunga kantan dan serai sementara untuk tambahan rasa masam pula ia menambah daun limau purut dan bawang merah sebagai pelengkap hidangan.

Bagi anda yang ingin mencuba KFC Ayam Pedas Nyonya, ianya boleh didapati bermula 30 November 2021 di kesemua rangkaian KFC seluruh negara pada harga bermula RM15.99.

Untuk keluaran kali ini, anda boleh menikmati hidangan menarik ini menerusi pilihan kombo 2-ketul, kombo
3-ketul dan Box Meal. Selain melakukan pesanan di rangkaian fizikal, anda juga boleh mendapatkan melalui aplikasi KFC atau layari www.KFC.com.my bermula esok!