Acanthosis Nigricans adalah keadaan di mana kulit menjadi gelap dan terasa tebal seperti baldu. Ia boleh muncul pada leher, dalam lipatan kulit, dan tempat lain pada badan. Selain di leher, keadaan ini juga paling biasa ditemui di ketiak, dan juga kadang-kadang di lipatan lain seperti pangkal paha.

Siapakah Yang Boleh Mengalami Acanthosis Nigricans?

Tidak hanya berlaku pada lelaki sahaja, Acanthosis Nigricans ini juga boleh berlaku pada wanita dan kanak-kanak. Kadangkala, bagi individu yang mengalami keadaan ini disebabkan oleh keturunan atau sebahagian daripada sindrom genetik.


Jika tidak, antara faktor lain yang boleh menyebabkannya adalah kesan dari ubat-ubatan seperti kontraseptif oral atau steroid.

Gejala Berlakunya Acanthosis Nigricans – Adakah Ia Berbahaya?

Untuk pengetahuan anda, keadaan leher menjadi gelap ini sebenarnya bukanlah sebuah penyakit dan ianya juga tidak berjangkit atau berbahaya sekiranya individu mengalaminya.

Acanthosis nigricans sering dikaitkan dengan rintangan insulin. Hal ini kerana, kebanyakan orang yang mempunyai Acanthosis Nigricans juga telah menjadi tahan keatas insulin sekaligus menyebabkan individu mengalami diabetes jenis 2.

Selain itu, Acanthosis Nigricans juga sering berlaku pada orang yang mempunyai gangguan hormon seperti sista ovari, tiroid yang tidak aktif atau masalah dengan kelenjar adrenal.

Malah, ada juga yang mengalami Acanthosis Nigricans akibat daripada pengambilan ubat dan suplemen tertentu. Sebagai contoh, niasin dos tinggi, pil kawalan kelahiran, prednison dan kortikosteroid lain boleh menyebabkan acanthosis nigricans.


Bagaimana Cara Untuk Merawat Acanthosis Nigricans?

Kawasan kulit dengan Acanthosis Nigricans kebiasannya akan kelihatan kotor disebabkan oleh warnanya yang gelap. Namun, menggosok kulit tidak membantu dan sebaliknya akan merengsakannya.

Jika anda ingin mengurangkan tompokan gelap pada kulit atau ingin menjadikannya pudar atau hilang, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menghentikan pengambilan ubat yang menyebabkan masalah atau merawat diabetes dan keadaan kesihatan lain.

Selain itu, disebabkan obesiti boleh mencetuskan Acanthosis Nigricans, maka dengan menurunkan berat badan akan membantunya menjadi lebih pudar. Jika anda bimbang tentang berat badan anda, berbincang dengan doktor anda sebelum menjalani diet.

Amalan Gaya Hidup Dan Pemakanan Yang Sihat

Untuk menggurangkan kesan Acanthosis Nigricans, anda perlu mengamalkan diet yang sihat dan melakukan aktiviti fizikal yang kerap. Hal ini kerana, ia boleh membantu menurunkan tahap insulin dan memperbaiki penampilan kulit.

Antara amalan pemakanan yang boleh dipraktikkan termasuklah:

  • Pengambilan hidangan bijirin penuh dan memperbanyakkan hidangan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Minum air atau susu rendah lemak dan bukannya soda, jus atau minuman manis.
  • Hadkan makanan yang diproses tinggi, makanan berlemak dan makanan manis.

Sumber: Mayoclinic Kids Health Hello Doktor