Volvo Car Malaysia nampaknya mula menampilkan pengalaman pemanduan kereta yang lebih baik dengan kehadiran lebih banyak lagi teknologi dan inovasi pada model terbaharu Volvo XC60.

Selari dengan gelaran yang diberi iaitu “Smarter XC60″, model baharu ini muncul dengan ciri-ciri keselamatan tambahan, rekaan luaran yang segar dan integrasi teknologi terkini yang juga menyokong perkhidmatan Google Assistant untuk mengawal aplikasi dalam kereta.


Bukan itu sahaja, pada model Volvo XC60 ini juga, ia menampilkan servis Google Maps yang lebih intuitif yang dapat mengurangkan gangguan pemanduan dan memberikan kelancaran pemanduan untuk bergerak dengan lebih selamat.

Tampilan Rekaan Luaran Dan Dalaman Volvo XC60 Ala Scandinavia

Untuk pengetahuan anda, apa yang menarik untuk Volvo XC60 baharu adalah reka bentuk Scandinavia yang dilengkapi dengan penambahan halus pada bahagian luar. Perubahan itu termasuk gril, bampar hadapan dan warna luaran yang baharu.

Untuk Recharge T8, Volvo XC60 baharu bakal muncul dengan reka bentuk rim potongan berlian hitam 19-inci 6-multispoke hitam dan sistem bunyi Bowers dan Wilkins untuk bahagian dalam.


Smarter Volvo XC60 juga memperlihatkan pelbagai rangkaian mod pemanduan, yang boleh disesuaikan dengan pilihan pemandu termasuk mod elektrik tulen dan mod kuasa. Kereta ini juga dilengkapi dengan enjin berkembar 4 silinder 2.0L dengan transmisi automatik 8-kelajuan dengan Geartronic.

Volvo XC60 Menampilkan Sistem Keselamatan Aktif ADAS

Untuk menampilkan ciri keselamatan yang terbaik untuk Volvo XC60 juga, jenama kereta global ini turut membawakan sistem Advanced Driver Assistance Systems (ADAS).

Ia bertujuan untuk mengawal kereta daripada berlaku perlanggaran, membantu memastikan kereta berada di lorong yang tepat serta memberi amaran lalu lintas dengan menawarkan sistem brek automatik, sistem maklumat titik buta dan kamera pandangan keliling.

Dari segi penawaran sistem inforia pula, kereta ini juga dihadiri dengan sokongan aplikasi Volvo Car dan perkhidmatan sambungan yang menghubungkan aplikasi dengan peranti mudah alih untuk melakukan kawalan suara ketika kereta anda yang diparkir, menyemak status kereta, mengunci atau membuka kunci pintu dan banyak lagi.

Dengan harga bermula RM325,449.00, Smarter XC60 Volvo akan tersedia untuk  semua pengedar sah Volvo di seluruh negara mulai hari ini. Anda juga boleh melakukan tempahan atas-talian melalui laman web Volvo Car Malaysia.