Carian
Rebut Jenga Edisi Terhad Dari Subway Malaysia Dan Coke Malaysia – Berbaki Kurang Dari 1000 Unit Untuk Diperoleh
November 29, 2021 Lina Rosli

Subway Malaysia dan Coke Malaysia dilihat telah melancarkan blok Stack Up edisi terhad yang menampilkan rekaan logo kedua-dua jenama pada setiap blok yang berwarna hijau dan merah.

Penawaran ini boleh ditebus oleh pelanggan bagi setiap pembelian kombo Tri Pepper Chicken bermula dari pada 24 November sehingga 18 Januari 2022.

Menuru Subway, penawaran ini bertujuan untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan selain membawa kenangan indah dalam kalangan rakan dan keluarga semasa musim perayaan.


Sewaktu awal penawaran, Subway Malaysia telah menyediakan sebanyak 4,000 unit untuk penebusan dengan setiap pembelian. Namun, berdasarkan perkongsian di akaun Facebook rasmi Subway Malaysia, kini unit yang berbaki adalah kurang dari 100 unit.

Untuk mendapatkannya:

  1. Anda boleh mengisi maklumat penting di borang digital menerusi pautan Subway Malaysia ini. (Borang Digital Subway)
  2. Kemudian, muat-naik gambar atau dokumen resit pembelian sebagai bukti pembelian.
  3. Selepas menghantar borang, anda perlu menunggu Subway untuk menghantar emel yang mengesahkan kesahihan borang dan pembelian anda.
Komen