Carian
Apakah Maksud ‘Bar’ Pada Mesin Espresso?
November 30, 2021 Lina Rosli

Suka untuk saya berbicara mengenai kopi kerana ia adalah salah satu minuman yang kaya dengan ejen antioksida yang bertindak baik dalam meneutralkan bahan kimia dan toksin berbahaya yang masuk ke dalam badan anda.

Selain meneutralkan toksik dalam badan, bahan antioksida terkandung dalam kafein turut membantu melancarkan aktiviti dalam usus dan meningkatkan metabolisma kita dengan baik setiap hari.

Oleh sebab itu, menyediakan kopi atau espresso yang sempurna adalah suatu perkara yang serius. Jika anda mengambil kopi setiap hari, sudah tentu adalah lebih baik untuk anda melaburkan duit anda dalam mendapatkan mesin espresso yang bersesuaian dengan keperluan anda.


Namun, sebelum memutuskan untuk membeli mesin espresso yang mana, anda perlu mengetahui penawaran yang ditawarkan pada mesin tersebut. Antaranya adalah penawaran dan penampilan tekanan bar yang terdapat di mesin espresso anda.

Sebelum itu, penawaran mesin espresso terbahagi kepada dua kategori:

1. Mesin espresso yang dipacu wap

Mesin espreso yang dipacu wap menghasilkan wap terlebih dahulu yang akhirnya membantu menolak air keluar melalui serbuk kopi.

2. Mesin espresso dipacu pam

Sementara mesin espresso dipacu pam cenderung lebih cekap dan ia menghasilkan espresso yang lebih baik. Mereka menggunakan pam tekanan untuk menolak air panas dengan kuat ke dalam mesin.

Disebabkan itu juga, mesin espresso ini mempunyai kos lebih tinggi berbanding mesin yang dipacu wap. Malah, untuk mesin espresso dipacu pam juga akan dilengkapi dengan tekanan bar yang berbeza mengikut jenama dan keperluan.

Apakah Maksud Bar Pada Mesin Espresso?

Sesiapa yang pernah terfikir untuk membeli mesin espresso mungkin anda pernah mempunyai persoalan ini.

Mesin espresso datang dengan had tekanan pam tertentu yang dinyatakan sebagai bilangan bar tertentu yang kebiasaannya dilengkapi antara 3.5 hingga 20 bar.


Bar ialah unit ukuran untuk tekanan barometrik yang dikenakan atas dasar kopi dalam mesin kopi espresso.

Dalam mesin espresso, bar ini menunjukkan tekanan atau daya yang digunakan untuk menolak air melalui serbuk kopi. Jadinya, apabila air ditolak keluar dari serbuk kopi, ia akan mengekstrak perisa, minyak dan komponen larut lain daripada serbuk kopi.

Salah satu tekanan bar terbaik untuk mesin kopi ialah sekitar 11 hingga 15 bar kerana ia merupakan nilai optimum untuk pengekstrakan espresso yang sempurna, seimbang dan berkrim.


Perbezaan Tekanan Bar Pada Mesin Espresso?

Malah, sekiranya anda ingin mendapatkan krim keemasan aromatik di atas secawan espresso yang baru dibancuh, maka tekanan harus menjadi perhatian khusus. 

  • Kurang dari 7 bar – Espresso mungkin keluar lemah dan kurang diekstrak kerana tidak menolak air dan udara melalui serbuk kopi dengan daya yang cukup bagi mendapatkan mengekstrak minyak dan perisa dengan betul.
  • Sekitar hingga 15 bar – Espresso yang diekstrak mempunyai rasa yang lazar dan berkrim. Kebanyakan mesin kopi terkemuka seperti DeLonghi datang dengan 15 bar tekanan.
  • Melebihi 15 bar – Ia tidak mempunyai banyak beza dengan penawaran q5 bar. Kedua-duanya mampu mengekstrak espresso di bawah keadaan yang betul. Meningkatkan bilangan bar adalah sejenis perlindungan terhadap kehilangan tekanan yang wujud dalam pengendalian pam mesin kopi.

Namun, harus diingatkan bahawa kopi dengan krim diatas dianggap sebagai tanda proses menyediakan espresso yang baik, ia masih lagi bergantung pada biji kopi. Sebagai contoh, kopi yang dibasuh selalunya menghasilkan lebih sedikit krim dan ia tidak semestinya menunjukkan kualiti.

Sumber: Perfect Daily Grind CoffeeMaker Owly Choice

Komen