Fenty Beauty kini hadir dengan pek pembungkusan baru untuk produk bedak asas mereka yang mana ia membawakan 50 pilihan warna yang berbeza untuk anda cuba.

Untuk barisan bedak asas baru yang diperkenalkan ini, ia menawarkan pek yang mesra perjalanan yang memudahkan anda untuk membawa bedak asas ke mana-mana sahaja tanpa memerlukan ruang yang besar.

Kesemua produk ini diformulakan dengan sempurna bagi memudahkan si pemakai untuk menggunakannnya di dalam apa jua keadaan.


Tidak sekadar itu, antara kelebihan penawaran bedak asas Fenty Beauty juga adalah memberikan kemasan kulit yang licin, bebas pori, menjadi lebih bersinar selain menawarkan pilihan liputan yang ringan hingga penuh yang bergantung kepada keperluan kulit anda.


Jadi, bagi anda yang meminati untuk mencuba bedak asas terbaru dari Fenty Beauty, ini adalah masanya! 

Dapatkan Pro Filt’r Mini Soft Matte Longwear Foundation pada harga RM68 sebotol di kedai atas talian Sephora bermula 2 Disember 2021.