Mencari kasut dengan tumit yang selesa pastinya menjadi fokus utama bagi setiap individu, lebih-lebih lagi yang kerap berjalan dan berdiri lama.

Bukan sekadar memberi keselesaan pada kaki, kasut digunakan untuk melindungi kaki dari anasir yang berbahaya selain mengurangkan risiko kecederaan.

Kebiasannya, bagi mengurangkan kesakitan tumit serta menyokong kaki sewaktu berjalan, individu cenderung untuk mencari kasut dengan binaan kusyen yang lembut. Ia adalah estetika yang penting untuk sepasang kasut namun sebenarnya tumit juga memainkan peranan yang penting.

Sebagai contoh, stiletto dan wedges seringkali mempunyai daya tarikan visual yang menarik selain membentuk postur yang lebih cantik ketika berjalan. Tetapi hakikatnya individu lebih cenderung untuk mencari keselesaan dalam kasut dengan memilih tumit yang lebih rendah dan lebih lebar.

Jenis Tumit Yang Memberi Keselesaan Kepada Individu

Rata-rata kajian biasanya menyatakan antara tumit yang paling selesa mempunyai ketinggian yang lebih rendah daripada 3 inci selain mempunyai sokongan lengkungan yang baik.

Jika anda mempunyai keperluan memakai kasut dengan tumit lebih tinggi daripada 3 inci tinggi, anda dicadangkan hanya memakainya selama dua hingga tiga jam sahaja semasa berdiri.

Selain itu, membeli kasut saiz yang betul juga penting, jadi pertimbangkan untuk mengukur kaki anda dengan betul sebelum membuat pembelian. Adalah berguna untuk mengambil kira berapa panjang tulang kaki anda juga kerana sesetengah kasut bertali boleh menyebababkan kerengsaan bunion dan hammertoes.

Tumit Jenis Blok

Tumit blok ialah trend gaya tumit yang menampilkan tumit yang jauh lebih kukuh daripada stiletto. Ia menawarkan pilihan yang lebih praktikal untuk pakaian harian.

Gaya ini sangat popular pada tahun 70-an dan 90-an kerana ian menawarkan sokongan tambahan dan pengagihan berat yang lebih sekata. Kasut tumit blok biasanya lebih mudah digunakan berbanding tumit yang lebih langsing.


Tumit Jenis Bersusun

Tumit bertindan atau susun biasanya datang dalam bentuk tumit blok yang lebih kukuh tetapi ia juga boleh menjadi baji atau stiletto.

Gaya tumit ini memberikan ilusi lapisan bahan yang disusun untuk mencipta tumit dan boleh menambah rupa bertekstur yang bagus pada pakaian yang lebih ringkas.


Tumit Jenis Baji

Tumit baji adalah alternatif yang bagus kepada stiletto kerana ia lebih mudah untuk digunakan dan selesa dipakai. Jika anda bercadang untuk memakai tumit tumit tinggi untuk tempoh masa yang panjang, tumit baji adalah sesuai.

Kasut baji boleh kelihatan sedikit tebal, tetapi apabila dipakai dengan skirt atau gaun maxi, dan dalam pada masa yang sama ia boleh mencipta gaya boho santai yang sesuai untuk musim panas.


Ketinggian Tumit Dan Kesannya

Berikut adalah jenis tumit dan kesan keatas pemakaiannya:

Tumit 2 inci

Tumit rendah tidak akan menyebabkan tumit kaki anda sakit jika anda berdiri sepanjang hari.

Tumit 3 inci

Ia merupakan ketinggian tumit klasik. Kedua-dua menampilkan imej yang elegan dan selesa, selain anda boleh memakainya ke pejabat sepanjang hari atau selepas bekerja untuk keluar malam.

Jika lebih tinggi dan anda mungkin menghadapi risiko kasut anda tidak selesa selepas beberapa jam sahaja.

Tumit 4 inci

Ketinggian biasa untuk kebanyakan kasut yang sesuai untuk acara atau majlis makan malam kerana ia memerlukan anda berjalan dengan postur yang lebih kemas dan elegan.

Berikut adalah beberapa contoh tumit yang boleh anda dapatkan. Bagi anda yang sering mengalami sakit tumit disebabkan kasut, anda mungkin boleh memilih 3 jenis kasut ini bagi menghindarinya. Atau anda juga mungkin anda teknik lain yang turut boleh dikongsikan bersama Tajria. Selamat mencuba!