Industri perfileman sememangnya memainkan peranan penting dalam membentuk gambaran dan persepsi individu ke atas pemain industri di dalam persada seni.
Namun, tidak semuanya filem dan drama memberikan gambaran yang positif ke atas setiap individu, lebih-lebih lagi wanita. Seringkala, ia memberi tanggapan seksis terhadap wanita yang jarang diberi watak utama yang mana sering dicitrakan ke dalam filem untuk memainkan watak stereotaip atau watak untuk dieksploitasi.
Tetapi sejak kebelakangan ini, terdapat peningkatan kesedaran tentang masalah ini dan lebih ramai di kalangan masyarakat yang menyuarakan bantahan terhadap diskriminasi wanita dalam industri seni dan perfileman.

Dan antara cara untuk menggalakkan kandungan yang lebih baik ialah melalui kawalselia kendiri yanga mana pengguna diberi kuasa untuk bersuara dan membantu industri berkembang dengan sihat.
Sumber utama bagi pengawalseliaan kendiri kandungan ialah Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Kod Kandungan). Dirangka oleh Forum Kandungan pada tahun 2004, Kod Kandungan ialah satu set garis panduan yang menggariskan amalan terbaik dan piawaian etika untuk penciptaan dan penggunaan kandungan merentas semua platform media digital.
Bukan itus sahaja, kawalselia kendiri turut melibatkan semua pihak dalam ekosistem kandungan. Apabila kandungan yang memapakarkan isu eksploitasi disiarkan di televisyen, pengguna atau penonton mempunyai kebenaran untuk membuat laporan kepada Forum Kandungan.

Fungsi Forum Kandungan – Mengumpul Maklum Balas Daripada Orang Awam
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, industri kandungan memainkan peranan penting sebagai pemangkin pembangunan masyarakat. Oleh sebab itu, dengan adanya Forum Kandungan juga, ia dalay membincangkan isu-isu ini bersama semua pihak berkepentingan yang boleh membantu untuk membawa positiviti.
Forum Kandungan kini sedang menjalankan rundingan awam di seluruh negara, bertujuan untuk mengumpulkan maklum balas daripada orang awam mengenai cadangan semakan Kod Kandungan, termasuk peruntukan untuk menangani penyalahgunaan atas-talian dan keganasan berasaskan jantina
Orang ramai digalakkan untuk memberi maklum balas mengenai rundingan awam ini untuk memastikan Kod Kandungan baru mengambil kira keperluan dan kehendak semasa pengguna. Maklumat lanjut mengenai latihan ini boleh diakses di www.contentforum.my.