Terbaru, menu sarapan daripada McDonald’s menyajikan kepada anda hidangan berasaskan telur untuk set muffin mereka iaitu Spicy McEgg Muffin dan McEgg Muffin.

Apa yang menarik mengenai menu Spicy McEgg Muffin, ia memperkenalkan sos tomato pedas yang sebelum ini pernah disajikan bersama McChicken ke dalam set sarapan pagi. Ia ditawarkan khusus untuk anda yang menggemari pedas ataupun menginginkan sesuatu yang baru pada siri muffin McDonald’s.


Bagi yang berminat, nikmati Spicy McEgg Muffin dan McEgg Muffin pada harga bermula RM3.95 sahaja. Anda juga boleh dapatkannya di dalam set Campur dan Padan pada waktu pagi bersama hashbrown ataupun minuman panas kopi dan teh.

Bukan itu sahaja, McDonald’s juga telah kembali membawa masuk burger Prosperity daging dan ayam untuk meraikan tahun baru yang bakal menjelang. Anda boleh membuat pesanan melalui McDelivery, Drive Thru atau Takeaway hari ini!