Apabila tiba sahaja musim Bonanza, pastinya ramai dalam kalangan individu yang akan mengambil peluang untuk menikmati hidangan sushi di Sushi King dengan lebih banyak berbanding hari biasa.

Hal ini kerana, pada hari Bonanza, kesemua pinggan sushi ini ditawarkan pada harga yang lebih rendah dan tetap bagi setiap pinggan tidak kira warna. Maka tidak hairanlah mengapa ramai yang tidak ingin melepaskan peluang untuk mengunjungi restoran Sushi King berhampiran.

Bercakap mengenai sushi lagi, pernahkah anda mengetahui apakah maksud disebalik pelekat yang dilekatkan pada penutup plastik bagi setiap pinggan?

Maksud Di Sebalik Pelekat Merah, Biru Dan Hijau Yang Dilekatkan Di Setiap Pinggan Sushi King

Untuk pengetahuan anda, pelekat tersebut merupakan sistem tanda masa yang digunakan oleh semua rangkaian restoran Sushi King di seluruh Malaysia.

Sistem masa ini menunjukkan masa hidangan sushi tersebut dikeluarkan dan diletakkan di atas tali Kaiten atau lebih dikenali sebagai tali sawat penyampai (conveyer belt)

Menerusi sistem ini juga, ia memudahkan para pekerja dan juga tukang masak yang bertugas mengetahui tahap kesegaran sushi. Hal ini kerana, setiap warna mempunyai masa tersendiri yang menunjukkan waktu sushi tersebut perlu dibuang.


Sebagai contoh, jika anda melihat pelekat tersebut menunjukkan angka atau nombor 6 dan 12, ia bermaksud kualiti makanan bagi pinggan tersebut akan hilang kesegaran dan mula menurun sama ada pada jam 6 petang atau 12 tengahari. 


Selain itu, restoran Sushi King juga menggunakan sistem teknologi RFID yang mana setiap makanan akan dipantau secara digital dan akan dibuang apabila tempoh kesegaran tamat.

Jadi, jika anda mengunjungi ke restoran Sushi King, jangan lupa untuk meneliti dan membaca label pelekat pada setiap penutup pinggan sushi sebelum menikmatinya. 

Akhir sekali, walaupun terdapat pelbagai hidangan sushi disajikan pada tali Kaiten, anda sebenarnya masih boleh membuat pesanan sushi yang anda inginkan melalui tablet yang disediakan di setiap meja. Apabila anda membuat pesanan yang baru, untuk setiap pinggan yang dipesan akan disediakan pada waktu yang baharu oleh tukang masak di dapur Sushi King.