Berdasarkan pengumuman pada aplikasi Starbucks MY, nampaknya syarikat kopi terkemuka ini telah mula meningkatkan harga jualan minuman bagi saiz Venti sebanyak RM0.50.

Peningkatan harga ini telahpun mula dilaksanakan semenjak 1 Disember 2021 yang lalu. Ia sekaligus menjadikan untuk penambahan saiz grande kepada venti yang dilakukan pengguna kini meningkat RM1.50 segelas.
Hasil daripadanya, bagi minuman jenis Frapuccino bersaiz venti kini berharga sekitar RM20.15 segelas, manakala untuk minuman panas pula dijual pada harga sekitar RM16.30 segelas berbanding RM14 sebelum ini.

Untuk ketahui lebih lanjut, mengenai peningkatan harga bagi saiz venti, anda juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Starbucks di 1300-80-8989 bermula hari ini atau hantarakan emel anda ke [email protected].