Carian
PandaMart Menambah Pilihan Tab ‘Everyday Roastery Coffee’ Di Kawasan Terpilih- Menawarkan Minuman Kopi, Teh Dan Pastri
December 3, 2021 Lina Rosli

Selain menyediakan variasi barangan keperluan dapur dan rumah, kini PandaMart juga telah mula hadir dengan pilihan yang lebih menarik menerusi tab ‘Everyday Roastery Coffee’.


Menerusi Everyday Roastery Coffee, anda boleh mendapatkan pilihan kopi dan minuman yang anda inginkan bersama pastri sebagai pelengkap hidangan. Untuk menu kopi, anda juga berpeluang untuk menikmati sama ada kopi ais ataupun kopi kisar pelbagai rasa termasuk Iced Latte, Iced Americano, Iced Caramel Macchiato, Strawberry Frappe, Mango Frappe dan banyak lagi.


Rata-rata harga yang ditawarkan adalah melebihi nilai RM10 dan boleh mencecah harga RM18.60 untuk segelas minuman. Manakala untuk bahagian bakeri dan pastri pula, anda boleh mendapatkan pada harga sekitar RM7.80. Setakat ini,  ‘Everyday Roastery Coffee’ ini terhad untuk kawasan yang tertentu sahaja.

Komen