Setiap tahun, pastinya ramai dalam kalangan individu yang akan menantikan menu istimewa daripada McDonald’s iaitu Prosperity Burger.

Menu istimewa ini membawakan pilihan ayam dan juga daging yang disaluti dengan sos lada hitam khusus dan dipadankan juga dengan bawang segar serta roti bijan klasik.


Asal Usul Pengenalan Prosperity Burger McDonald’s

Untuk pengetahuan anda, Prosperity Burger merupakan menu warisan yang kini berusia 28 tahun sejak ia diperkenalkan pada tahun 1994. Apa yang menjadikan ia lebih menarik dan unik adalah burger ini merupakan hasil ciptaan dari Malaysia.

Pengenalan ini dilakukan bersempena perayaan Tahun Baru Cina yang dikatakan bagi meraikan kemakmuran dan menggalakan amalan makan bersama yang tersayang. Pada tahun 2021, McDonald’s nampaknya telah menambah baik menu ini kepada Golden Prosperity Burger di dalam menu. Ia turut hadir dengan pilihan berasaskan ikan untuk menu antara 2019 dan 2020 yang dinamakan Fish Prosperity Burger.


Seperti yang anda tahu, kesemua burger McDonald’s diperbuat menggunakan bahan-bahan berkualiti terbaik dan juga 100% halal. Ia menampilkan patti daging segar, roti gebu yang dihantar terus dari kedai roti yang disahkan halal dan sayur-sayuran segar dari sumber tempatan.

Prosperity Burger merupakan burger kegemaran penduduk tempatan yang telah lama menikmati ciri khasnya yang mana ia menampilkan rasa pedas dan segar untuk setiap gigitan.

Bukan sahaja dinikmati oleh penggemar tempatan di Malaysia, malah ia sebenarnya adalah menu ini juga mempunyai peminat yang kuat di negara lain  termasuk Taiwan, Korea dan Hong Kong.

Selain daripada Prosperity Burger, McDonald’s Malaysia juga adalah yang pertama memperkenalkan Bubur Ayam McD pada Julai 2002. Ia menampilkan potongan ayam dalam bubur nasi bersama daun bawang, hirisan halia, bawang merah goreng, dan cili potong dadu. Dengan kejayaan Bubur Ayam McD di pasaran tempatan, ia mula diperluaskan ke pasaran McDonalds serantau di Indonesia dan Thailand. 


Nikmati Set Prosperity Burger Pada Harga RM14.99

Jangan ketinggalan untuk menikmati hidangan set Prosperity Burger dan padankannya dengan Twister Fries dan Prosperity McFizz pada harga hanya RM14.99 sahaja. Harus diingatkan, ia tersedia untuk masa terhad sahaja di semua restoran McDonald’s di seluruh negara.

Pesan di kedai, melalui McDelivery tanpa sentuh atau Drive-Thru berhampiran anda. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu menarik McDonald’s Malaysia, layari www.mcdonalds.com.my.