Makanan sihat atai makanan super adalah makanan yang berasaskan tumbuhan, ikan serta tenusu yang mempunyai manfaat untuk kesihatan yang padat dari segi gizi. Antara contoh makanan super atau superfood yang sangat popular dalam kalangan individu termasuklah kobis bunga, timun, blueberry, salmon, kale dan kekacang.

Bertepatan dengan keperluan semasa, My Naturi baru-baru ini telah melancarkan ruang konsep peruncitan utama yang dinamakan My Naturi Clubhouse dan telah dibuka di Chinatown, Kuala Lumpur.


Ia merupakan destinasi sehenti untuk makanan super yang ditawarkan pada harga yang berpatutan selain mempunyai variasi penawaran makanan sihat seperti madu, granola, coklat, serbuk acai organik dan walnut.

Idea bermulanya My Naturi lahir daripada produk makanan semulajadi yang berkualiti tinggi dari luar dan dalam negara. Menerusinya juga, ia adalah platform bagi menyokong pengeluar kecil di seluruh dunia dalam mendapatkan peluang untuk mengakses kepada pasaran baharu.


Selain mengurangkan kebergantungan keatas makanan proses, My Naturi berfungsi untuk membina komuniti sesama penggemar makanan dan menjadi hub untuk individu di Malaysia mendapatkan rangkaian produk sihat.

Bukan itu sahaja, My Naturi Clubhouse turut anda menawarkan sesi atau bengkel berkaitan dengan pengeluaran madu dan keju kepada penggemar mereka. Dengan ini, ia boleh membantu individu untuk mengetahui apakah jenis-jenis madu dan keju yang digemari. Jika anda ingin mengambil tempat dalam sesi keju, anda boleh boleh mendaftar melalui pautan di bawah.

Layari: My Naturi Clubhouse