Carian
Kunjungi Jenny Bakery Di Bangsar Shopping Centre – Tawar Biskut Mentega Yang Popular Di Hong Kong
December 7, 2021 Lina Rosli

Jenny Bakery Malaysia oleh Pinz kini melancarkan butik bakeri mereka yang pertama di Malaysia yang dibuka di Bangsar Shopping Centre. Melalui pembukaan ini, nampaknya ia akan memudahkan penggemarnya lebih mudah mengakses biskut popular dari Hong Kong tanpa perlu tunggu lama selepas melakukan tempahan secara atas-talian.


Biskut Hong Kong ini telah menjadi bualan ramai sejak diperkenalkan lagi. Ia kemudian memasuki pasaran tempatan pada tahun 2020 yang lepas. Apa yang menarik mengenai biskut ini, ia mempunyai tekstur yang lembut, lazat dan cair di mulut. 

Mengenai biskut Jenny Bakery lagi, hidangan lazat ini dibuat segar setiap hari di Hong Kong menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dengan beberapa proses utama dijalankan dengan tangan untuk mengekalkan rasa aslinya.


Di samping mempunyai rasa yang lazat, ia juga dihasilkan membentuk rekaan yang halus dan disimpan di dalam bekas tin bulat kedap udara untuk mengekalkan kesegaran. Ia kemudiannya dihantar terus ke Malaysia bagi memenuhi permintaan tempatan yang menggemarkannya.

Bercerita mengenai kedai fizikal terbaru Jenny Bakery, pengunjung yang tiba di kedai itu akan disambut oleh ruang jualan yang dihias mengikut citarasa moden dan kontemporari yang berwarna putih. Bakeri ini juga dilengkapkan dengan rak yang dihiasi dengan reka bentuk berhias yang menampilkan beruang teddy comel dan ceria.

Antara produk yang ditawarkan di Jenny Bakery Malaysia termasuk:

  • Pure Butter Flower Cookies
  • Aroma Coffee Flower Cookies
  • Pure Chocolate Flower Cookies, Raisin Oat and Shortbread 
  • Mix Nut Cookies, Macadamia Cocoa Crisp
  • Cranberries & Macadamia Chewy Nougat Candy
  • Exotic Pine Nut Coffee Crisp
  • Crazy Almond Flakes, and Walnut & Dates Chewy Nougat Candy
  • Mocha & Tea cookies

Untuk pengetahuan anda juga, kesemua produk dan biskut Jenny Bakery dibuat tanpa menggunakan bahan pengawet selain menampilkan bahan bebas GMO dan juga tidak menggunakan bahan berasaskan babi.

Anda boleh mendapatkan biskut Jenny Bakeri pada harga sekitar RM48 dan RM179 bergantung pada berat dan varian. Bersempena tawaran eksklusif untuk pembukaan butik Jenny Bakery, anda boleh memperoleh diskaun sehingga 25%, jika anda melakukan pembelian di Jenny Bakery, Bangsar Shopping Centre.

Untuk maklumat lanjut dan untuk memesan Kuki Jenny Bakery dalam talian, layari https://jennybakerymy.com/

Komen