Carian
Cipta Wangian Bvlgari Anda Tersendiri – Menggunakan 5 Ekstrak Asli Yang Berbeza Mengikut Citarasa
December 8, 2021 Lina Rosli

Bvlgari kini membawakan 5 ekstrak wangian asli baharu untuk anda yang sentiasa ingin yang terbaik sepanjang hari. Melaluinya, anda boleh menyediakan sendiri wangian yang digemari mengikut citarasa anda sama ada untuk tampil lebih banyak emosi, lebih keseronokan, lebih selesa dan juga lebih semangat.


Menggunakan nama Magnifying, lima ekstrak wangian ini direka untuk digabungkan dengan Bvlgari Allegra. Hasilnya, anda boleh memperoleh pengalaman wangian yang diperibadikan sekaligus meningkatkan lagi kreativiti anda sewaktu proses penyediaannya.

Dengan mempelbagaikan bilangan spritzes, lima eaux de parfum dan lima esktrak Magnifying, anda pastinya tidak akan menjumpai dua bau yang sama.


Di sebalik sistem pencampuran wangian yang canggih ini adalah ketukangan artisan Bvlgari yang terkenal. Master Perfumer Jacques Cavallier telah mencipta kord eksklusif untuk Bvlgari, menggunakan bahan mentah khas bagi menghasilkan 5 ekstrak yang berbeza iaitu:

  • Magnifying Musk
  • Magnifying Bergamot
  • Magnifying Rose
  • Magnifying Patchouli
  • Magnifying Vanilla

Dengan menyemburkannya ke atas Bvlgari Allegra eau de parfum, ekstrak Magnifying akan memberikan haruman yang boleh diselarikan dengan suasana hati anda.

Berikut adalah 5 ekstrak khas Bvlgari Magnifying yang boleh anda cuba:

Magnifiying Musk

Ekstrak ini dicipta menggunakan pati ambrette dan kasturi ringkas. Sesuai untuk anda yang ingin mengimbas kembali kegembiraan yang mempesonakan untuk aktiviti harian anda.

Magnifiying Bergamot

Ia menampilkan ekstrak sitrus yang menggunakan bergamot Calabrian yang telah dituai apabila ia sempurna dan matang. Untuk pengetahuan anda, bergamot mengandungi wangian yang manis dan segar.

Magnifiying Rose

Esktrak bunga ini sememangnya sangat sesuai untuk anda yang menggemari wangian feminin. Ia membawakan gabungan mawar Bulgaria dan Turki yang akan memberikan impak keyakinan sewaktu pemakaiannya.

Magnifiying Patchouli

Ia merupakan ekstrak elegan dan mempesonakan yang menggunakan nilam asli dari Indonesia. Ia juga diperkaya dengan aroma kayu dan chypre yang pastinya akan membangkitkan semangat yang kuat.

Magnifiying Vanilla

Esktrak dengan wangian yang manis dan lembut tentulah mengandungi sumber biji vanila yang diimport dari Madagascar. Ia juga hadir dengan wangian yang menyalakan tarikan dan rasa yakin pada diri.


Bagi anda yang berminat untuk memperibadikan wangian anda, koleksi Bvlgari Allegra boleh didapati di kaunter Bvlgari di Parkson Pavilion KL bermula 24 Disember ini. Ia dijual pada harga:

  • Bvlgari Allegra EDP 100ml RM984
  • Bvlgari Allegra EDP 50ml RM689
  • Bvlgari Magnifying Essence 40ml RM787
Komen