Carian
Ini 3 Kesalahan Yang Anda Lakukan Sewaktu Menyediakan Kentang Lecek
December 8, 2021 Lina Rosli

Penyediaan kentang lecek sememangnya bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Namun, terdapat beberapa teknik lain yang boleh menjadikan kentang lecek anda lebih sedap dan menarik.

Berikut adalah tiga kesalahan yang perlu anda elakkan daripada melakukannya sewaktu penyediaan kentang lecek sama ada untuk hidangan makan malam ataupun majlis makan bersama keluarga dan sahabat.


Kesalahan 1 – Elak Masukkan Kentang Ke Dalam Air Yang Mendidih

Mengapa anda tidak digalakkan untuk memasukkan dan merebus kentang pada air yang sedang mendidih?

Jawapannya adalah ia akan menyebabkan bahagian luar kentang menjadi terlampau masak sedangkan bahagian isi dalam kentang masih tidak dimasak sempurna.

Bukan itu sahaja, jika anda memasukkan kentang sewaktu air sedang menggelegak, ia akan menampilkan suhu yang agresif dan buih yang terjana akan menyebabkan kentang lebih mudah hancur.


Kesalahan 2 – Hanya Menggunakan Satu Jenis Kentang

Tahukah anda terdapat perbezaan tekstur dan kegunaan untuk setiap jenis yang dijual di pasaran?

Sebagai contoh, kentang putih bulat dan kentang kuning. Apa yang membezakan kedua-dua jenis kentang ini adalah isi dalamnya yang lebih gebu dan lebih serba guna untuk kentang putih, manakala kentang kuning pula mempunyai tekstur yang padat tetapi lembut seakan mentega apabila dilecek.

Oleh itu, untuk menyediakan kentang lecek yang sempurna, gunakan gabungan 50-50 sama ada kentang putih dan kuning atau kentang kuning dan russet. Apabila dilenyek, russet akan menyumbangkan tekstur yang ringan dan gebu manakala kentang kuning akan memberikan rasa dan sedikit lemak berkrim.


Kesalahan 3 – Hanya Menambah Mentega Sebagai Pelengkap Rasa

Tidak dinafikan, penggunaan mentega adalah baik dan penting untuk menjadikan tekstur berkanji kentang lebih halus dan menghilangkan keadaan melekit dan melekat bagi kentang yang baru dilenyek.

Namun, anda tidak seharusnya hanya membiarkan mentega menjadi satu-satunya tenusu yang anda gunakan. Pertimbangkan untuk menambah sama ada krim berat atau sedikit krim masam dan tambahkan juga rosemary kering, thyme, sage atau lada hitam untuk mendapatkan bau yang lebih wangi.

Harus diingatkan, jika anda ingin menambah mentega, pastikan anda tidak membiarkan kentang anda berada di dalam keadaan sejuk. Hal ini kerana, mentega akan bercampur lebih baik jika ia berada pada suhu bilik, jadi biarkan ia panas sewaktu anda mencampurkannya. 

Komen