Carian
Pengurangan Kadar Kompaun Saman Sehingga 80% – Bermula 9 Hingga 12 Disember 2021
December 8, 2021 Lina Rosli

Bersempena 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia, nampaknya kerajaan Malaysia menawarkan pengurangan kadar kompaun saman JPJ yang dikenakan ke atas pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya dan dikenakan kompaun ke atasnya. 

Kadar diskaun yang diberikan adalah sehingga 80% dan ditawarkan terhad pada 4 hari sahaja iaitu bermula 9 Disember sehingga 12 Disember 2021. Menurut poster yang dikongsikan, pengurangan kadar kompaun ini hanya tertakluk kepada saman kompaun dan bukannya saman yang melibatkan kes mahkamah yang berstatus waran tangkap ataupun perbicaraan.


Bagi anda yang ingin melakukan pembayaran saman ini, anda boleh kunjungi ke kaunter Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) atau turut boleh hadir ke kiosk dan portal JPJ di pautan ini.

Jika anda ingin melakukan pembayaran di KLCC, kaunter akan mula dibuka pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam dan lokasi kaunter terletak di Booth No.15, Dewan 1 & 4. Manakala di kiosk dan kaunter JPJ pula mula dibuka pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Selain itu, jika anda ingin melakukan pembayaran secara atas-talian, saman PDRM boleh dilakukan menerusi portal dan aplikasi MyBayar. Sementara untuk saman JPJ boleh dilakukan menerusi portal MySikap.

Sumber: Nextrift

Komen