Pihak berkuasa Hong Kong kini mula menghentikan penjualan enam perisa aiskrim jenama Godiva selepas mendapati aiskrim tersebut mengandungi bahan terlarang.
Berdasarkan laporan di SCMP, Pusat Keselamatan Makanan Hong Kong mendedahkan bahawa terdapat kehadiran dalam etilena oksida (ethylene oxide) di dalam produk berkenaan.
Untuk yang tidak mengetahui, etilena oksida adalah sebatian organik yang digunakan untuk mengurangkan dan menghapuskan pencemaran mikrobiologi bakteria salmonella. Namun di kebanyakan negara, bahan kimia ini tidak dibenarkan untuk digunakan di dalam industri makanan.

Berikutan isu ini, amaran menghentikan jualan 6 variasi aiskrim Godiva ini dikeluarkan RASFF oleh Suruhanjaya Eropah sejurus mendapati terkandungnya etilena oksida pada 6 produk berkenaan yang disediakan di dalam bekas 100ml dan diimport oleh Godiva Chocolatier (Asia) Limited.
Enam perisa tersebut adalah:
- Chocolate Cheesecake Flavoured Ice Cream
- Milk Chocolate Frozen Confection with Dark Chocolate
- Belgian Dark Chocolate Ice Cream
- Vanilla Flavoured Cocoa Infused Ice Cream
- Caramel Coffee Frozen Confection with Dark Chocolate Chips
- Strawberry Ice Cream with Dark Chocolate Chips.
Setakat ini, tiada lagi maklumat berkenaan jualan 6 aiskrim ini untuk pasaran Malaysia. Mengikut carian di kedai atas-talian Godiva, aiskrim ini hanya terhad di beberapa negara termasuk Thailand.