Adakah anda perasan yang mana sekitar tahun 2013 sehingga 2017, jenama Eye Mo tidak memasarkan dan menjual produk mereka di pasaran Malaysia?

Jika ya, tahukah anda bahawa kini Eye Mo telah kembali semula di rak-rak jualan di pasaraya, farmasi dan juga di kedai runcit berdekatan anda?


Untuk pengetahuan anda, Eye Mo ialah jenama titis mata yang sangat sinonim dengan kebanyakan individu di Malaysia sehingga ramai pengguna menggunakan istilah “Eye Mo” untuk merujuk kepada ubat titis mata sebagai satu kategori, bukan sekadar produk.

Oleh itu, selalunya apabila rakyat Malaysia meminta Eye Mo, mereka ditawarkan produk penjagaan mata yang lain yang kelihatan serupa tetapi sebenarnya tidak sama. Bagi membantu individu di Malaysia mendapatkan kembali ubat titis mata kegemaran mereka iaitu Eye Mo, jenama ini hadir dengan kempen “The Real Thing”.


Di Malaysia, Eye Mo menawarkan dua varian ubat titis mata iaitu Eye Mo Regular dan Eye Mo Moist.

Ketahui 3 Persoalan Popular Mengenai Eye Mo

Berikut adalah persoalan popular mengenainya:

1. Adakah kanak-kanak bawah 5 tahun boleh menggunakan Eye Mo?

Jawapannya, Eye Mo boleh digunakan oleh pengguna dari semua peringkat umur tetapi tidak disarankan penggunaannya ke atas kanak-kanak dibawah umur 6 tahun.

Bagi dewasa dan kanak-kanak berumur lebih 6 tahun, anda boleh sapukan 1 hingga 2 titis pada setiap mata sehingga 3 hingga 4 kali sehari, atau seperti yang ditetapkan oleh doktor. Anda juga tidak boleh menggunakan Eye Mo melebihi dos atau kekerapan dos yang dinyatakan.

Langkah penjagaan tambahan adalah amat penting sewaktu penggunaannya bagi memberi pengguna jaminan yang lebih baik tentang keaslian produk.

2. Bolehkah menggunakan Eye Mo sewaktu memakai kanta lekap?

Jika doktor telah menetapkan penggunaan ubat titis mata ke atas anda, adalah penting menggunakannya mengikut arahan yang diberikan.

Dalam hampir semua kes, anda harus menanggalkan kanta lekap anda sebelum melakukan titisan Eye Mo. Kemudian, tunggu kira-kira 15 minit sebelum meletakkan kembali kanta lekap anda pada mata anda.

Ingat, ubat titis mata untuk mata kering tidak sama dengan ubat titis yang membasahkan semula. Kedua-dua kategori ini mudah dikelirukan, tetapi sangat berbeza. Titisan mata kering dibuat untuk melincirkan mata, bukan kanta lekap.


3. Apakah perbezaan Eye Mo Regular dan Eye Mo Moist?

Perbezaan yang ketara adalah dari segi penggunaannya untuk keperluan mata iaitu:

  • Eye Mo Regular direka untuk membantu menenangkan dan melegakan iritasi mata yang ringan atau rasa pedih pada mata yang disebabkan oleh asap dan habuk.
  • Eye Mo Moist pula digunakan untuk melembapkan dan menyegarkan mata yang menjadi kering dan letih akibat membaca atau bekerja berjam-jam di hadapan komputer.

Bagi mendapatkan produk Eye Mo Regular dan Eye Mo Moist, kedua-duanya kini boleh didapati di lebih 2,000 farmasi terkemuka di seluruh negara.