Selari dengan peningkatan permintaan dan pesanan makanan atas-talian, maka Hawkr hadir dengan identitinya yang tersendiri menerusi penawaran makanan yang dimasak sendiri.

Hawkr merupakan platform penghantaran makanan Malaysia yang menumpukan pada perintis dapur awan mikro dengan penekanan pada makanan rumah dan juga tradisional yang istimewa.

Dengan adanya sekitar 110 tukang masak rumah, platform ini menampilkan variasi pilihan makan yang setakat ini tersedia di Lembah Klang. Antara makanan yang ditawarkan termasuklah Nasi Lemak pedas, variasi pilihan Biryani yang sedap, pastri premium dan pencuci mulut atau makanan barat yang menepati citarasa tempatan dengan harga jualan serendah RM4.99.


Apa yang menarik mengenai penawaran Hawkr juga adalah dapur mereka akan memperibadikan makanan berdasarkan permintaan pelanggan. Sebagai contoh, pelanggan yang menghidap diabetes boleh dengan cepat dan mudah meminta perubahan diet yang diperlukan apabila membuat pesanan mereka.

Setakat ini, perkhidmatan penghantaran Hawkr hanya terhad di Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Selangor. Bermula Januari 2022, Hawkr akan mengembangkan perkhidmatan mereka di Pulau Pinang serta melancarkan aplikasi mereka yang tersendiri.

Untuk maklumat lanjut tentang Hawkr atau untuk mula memesan hari ini, sila layari laman rasmi Hawkr Food. Selain itu anda juga boleh menyertai Hawkr Food sebagai pekedai bagi menawarkan lebih variasi makanan dan minuman di dalam platform berkenaan.