Tahukah anda, terdapat banyak faktor atau punca yang boleh menyebabkan hidung berair atau rhinorrhea.
Dalam kebanyakan kes, keadaan hidung berair atau hingus ini boleh terjadi akibat pengumpulan lendir dalam rongga hidung atau sinus yang tercetus akibat alergen. Hasilnya, hidung akan mengisi dengan lebihan lendir yang mengalir melalui lubang hidung anda.
Tetapi terdapat banyak pencetus lain yang mungkin menyebabkan hidung anda berair, termasuk tabiat harian, kesihatan dan juga makanan anda.
Sebelum itu, terdapat dua jenis hidung berair yang anda boleh dapatkan:
- Rhinitis alahan yang mana ia membuatkan hidung anda berair apabila anda terdedah kepada alergen, seperti debunga, habuk, atau makanan seperti kacang tanah yang menimbulkan tindak balas keradangan.
- Rhinitis bukan alahan (NAR). Jenis ini berlaku apabila perengsa memasuki saluran pernafasan anda dan mengakibatkan simptom yang serupa dengan tindak balas alahan.

Mengapa Hidung Berair Apabila Anda Menangis?
Menurut Kids Health, apabila anda menangis, air mata mengalir keluar dari saluran air mata yang terletak di bawah kelopak mata anda. Seterusnya, air mata ini mengalir ke dalam rongga hidung anda.
Oleh itu, anda akan mendapati hidung turut berair dan kemudiannya bercampur dengan lendir dan sebarang bahan lain dalam hidung anda seperti alergen atau darah, dan keluar melalui lubang hidung anda.
Harus diingatkan, cecair yang mengalir dari hidung anda apabila anda menangis bukan sekadar hingus, tetapi ia adalah air mata dan apa sahaja yang ada dalam hidung anda pada masa itu.

Apakah Sebab Hidung Berair Apabila Makan Makanan Pedas?
Faktor yang menyebabkan hidung anda berair ketika makan adalah akibat rhinitis gustatory, atau keradangan hidung yang dikaitkan dengan tindak balas makanan.
Rhinitis Gustatory ialah sejenis rhinitis bukan alahan yang paling biasa dicetuskan oleh makanan pedas yang menyebabkan badan anda mengeluarkan lendir tambahan.
Ini berlaku apabila makanan merangsang reseptor dalam hidung anda yang ditemui pada kelenjar yang berkaitan dengan pengeluaran lendir. Beberapa makanan biasa yang didapati mencetuskan rhinitis jenis ini termasuk:
- lada atau serbuk cili
- bawang putih
- kari
- halia
Faktor Yang Mencetuskan Hidung Berair Apabila Tubuh Kesejukan?
Dalam laporan NM, apabila kita menarik nafas, hidung kita memanaskan udara dan menambahkan lembapan padanya semasa ia bergerak ke dalam paru-paru.

Udara sejuk dan kering merengsakan lapisan hidung anda, dan akibatnya, kelenjar hidung anda menghasilkan lebihan lendir untuk mengekalkan lapisan lembap. Bukan itu sahaja, proses ini turut mengurangkan bakteria dan perengsa, serta mengawal suhu udara untuk melindungi paru-paru anda daripada kerosakan akibat sejuk.
Hidung berair adalah salah satu gejala paling biasa apabila selesema biasa. Kita lebih cenderung untuk diserang selsema pada musim sejuk kerana kita menghabiskan lebih banyak masa di dalam, dan kuman dapat bertahan lebih lama di udara kering.