Grand Seiko telah melancarkan jam tangan eksklusif Thong Sia yang dinamakan Snow on the Blue Lake.
Ia adalah satu lagi demonstrasi gaya Grand Seiko yang menampilkan rekaan praktikal, berteknologi tinggi selain mengekalkan estetika dan minimalis dalam satu pakej yang elegan. Jam tangan ini diilhamkan oleh Hachimandai di wilayah Iwate, yang terkenal dengan pemandangan indah semasa musim sejuk.
Daripada air terjun ais yang dikenali sebagai hyobaku, kepada pokok yang dilitupi salji yang dikenali sebagai juhyo, jam tangan keluli tahan karat baharu ini menampilkan dail biru muda yang cantik seakan langit biru di Hachimandai.
Melengkapkan estetika yang sangat elegan jam tangan Grand Seiko “Snow on the Blue Lake” adalah jam tangan yang digerakkan kaliber automatik 9S85. Jam tangan baharu ini turut membawakan seni rekaan yang cantik dan halus pada tali jam kulit mereka.
Bagi yang berminat, Grand Seiko “Snow on the Blue Lake” baharu akan tersedia di kedai pengedar Thong Sia di Malaysia, Brunei, Hong Kong, Macau dan Singapura. Untuk butiran produk hubungi Thong Sia Sdn Bhd di talian 03-2141 5163 atau layari www.thongsia.com.my