Lina Rosli Diterbitkan 13 December 2021

Jom Tempah Bilik Percutian Bertemakan Barbie Di Grand Hyatt KL

Grand Hyatt Kuala Lumpur baru-baru ini telah menawarkan tempahan bilik percutian yang menarik menerusi Barbie Ultimate Staycation by Grand Hyatt Kuala Lumpur.


Dengan penawaran baharu ini, ia menjanjikan kepada anda pengalaman staycation yang cukup unik selain membantu anda mengimbau kembali watak kartun kegemaran sewaktu masa kecil sepanjang percutian anda di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Barbie Ultimate Staycation ini membawakan kepada anda dua tempahan servis sama ada bilik percutian ataupun meja kafe yang menampilkan hiasan dalam bertempakan merah jambu sesuai dengan warna ikonik Barbie.



Jika anda memilih untuk menempah bilik percutian Barbie, terdapat 14 bilik yang ditawarkan yang mana bagi setiap unit dihias dengan tema istimewa termasuk Barbie You Can Be Anything, Barbie Fantasy dan Barbie EXTRA.


Sementara Barbie Cafe pula dilengkapi dengan hiasan dalaman restoran yang sememangnya sangat berbaloi untuk rakaman gambar dan video untuk Instagram. Untuk penawaran makanan pula, ia menampilkan set minum petang eksklusif Pink Afternoon Tea dan untuk mengunjungi ke kafe Barbie ini, ia hanya boleh diakses secara pra-tempahan sahaja.



Namun jangan risau jika anda telah menempah bilik percutian Barbie di Grand Hyatt Kuala Lumpur, ia telah merangkumi pakej sarapan dan juga turut boleh turun ke kafe mereka untuk minum petang. Malah, anda juga turut diberikan satu hadiah kejutan yang menarik bagi setiap tempahan.


Dari segi harga, untuk bilik percutian 2 orang dewasa berharga RM2320 sementara bilik 3 dewasa pula berharga RM2552. Sementara tempahan meja di Barbie Cafe pula boleh ditempah pada harga RM228 bagi setiap orang dewasa, dan ia adalah sesi selama 2 jam setengah.

Untuk maklumat lanjut dan menempah tiket anda, layari laman rasmi Barbie Staycation bermula hari ini..