Masih ingatkah anda akan penawaran majalah Aulad sewaktu zaman kanak-kanak dahulu? Majalah ini biasanya banyak berkongsi tentang kisah tauladan dan juga pengetahuan am yang boleh dipelajari oleh kanak-kanak.

Tahukah syarikat penerbitan Aulad ini sebenarnya telah bertapak di dalam industri ini penerbitan dan pencetakan sejak 1987 dan kini sudah lebih daripada 30 tahun di dalam pasaran?

Bukan itu sahaja, Aulad juga telah menerbitkan variasi jenis buku dan majalah yang bukan hanya tertumpu kepada kanak-kanak, tetapi juga untuk individu yang ingin mengetahui tentang kandungan ilmiah yang menyeluruh.

Selari dengan perkembangan dunia ini, syarikat penerbitan buku Aulad.my, telah memperkenalkan beberapa buah buku yang menggunakan teknologi realiti terimbuh (AR) termasuk buku Indahnya Berdoa dan Indahnya Ramadhan.


Buku cerita AR ini diterbitkan sejajar dengan misi Aulad untuk berhubung dengan kanak-kanak generasi baharu untuk menggalakkan mereka belajar dan membaca dengan cara baharu yang lebih menarik minat mereka.

Malah, usaha ini juga adalah untuk menyokong perlaksanaan pembelajaran abad ke-21 yang dibentangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana pembelajaran abad ke-21 perlu menekankan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Mengulas lebih lanjut mengenai buku Indahnya Berdoa, ia diterbitkan bagi membantu kanak-kanak mengenali doa melalui penceritaan menggunakan nama mereka sendiri.


Keunikan buku-buku ini adalah, ibu bapa boleh mencetak nama anak-anak mereka di dalam buku cerita tersebut. Jadinya, jika mereka membaca doa yang ditampilkan pada setiap helaian buku, ia akan menyertakan nama si manja mereka sebagai watak utama.

Selain itu, penggunaan teknologi AR yang terdapat di dalam buku ini dapat menarik minat kanak-kanak mempelajari lebih lanjut tentang doa-doa beserta dengan tontonan animasi 3D yang akan menceriakan hari mereka. Hanya dengan memuat turun aplikasi khas, ibu bapa boleh mengimbas helaian buku tersebut dan memaparkan animasi 3D untuk mereka terokai.


Buku-buku yang diterbitkan secara eksklusif oleh Aulad bukan sahaja tertumpu kepada teknologi AR, malah diperbaiki dengan sentuhan grafik dan lukisan yang menarik agar dapat memupuk budaya membaca buat si kecil dengan harga serendah RM 39.00.

Untuk sebarang maklumat lanjut kunjungi layari laman rasmi Aulad bermula hari ini.