Pantone kini telah memperkenalkan dan mencipta warna Pantone 2022 yang dinamakan Very Peri. Ia adalah warna baru yang menggabungkan biru dan ungu cerah yang menghasilkan warna periwinkle.

Dalam membangunkan warna baharu ini, pasukan Pantone Color Institute memilih warna biru bagi memberikan maksud kestabilan dan kepercayaan, serta menambahkan nada merah-ungu untuk menyampaikan rasa kesegaran dan menyokong pergerakan ke arah masa depan dalam membuka perspektif baharu tentang industri digital pada masa kelak.


Bersama-sama dengan pengenalan warna Very Peri ini, terdapat beberapa jenama kecantikan yang telah mula menawarkan produk mereka menggunakan tona warna Very Peri. 

Secara umumnya, warna Very Peri dilihat memberikan motif penggayaan yang sangat berani dan juga serba boleh untuk pelbagai acara. 

Sesetengah produk kecantikan dan pembungkusan kecantikan sudah menjadi trend dan kelihatan ‘sangat dongeng’—atau hampir dengannya.

Fenty Beauty

Bagi jenama Fenty Beauty, jenama ini dilihat menampilkan pilihan gincu yang seakan sama dengan warna Very Peri menerusi produk Fenty Beauty Stunna Lip in Undefeated.


Jika anda berminat untuk mencuba gincu ungu dari Fenty Beauty ini, ia sesuai digayakan oleh semua jenis warna kulit. Ia sesuai jika anda ingin tampil berani sewaktu menghadiri majlis atau acara makan malam.

Anastasia Beverly Hills

Sementara untuk pembayang mata, Anastasia Beverly Hills menawarkan palet yang menawarkan 5 pilihan warna berasaskan tona Very Peri.

Bagi anda yang berminat, palet pembayang Anastasia Beverly Hills Norvina Pro Pigment Vol. 5 ini boleh didapati pada harga RM325 di rangkaian Sephora Malaysia.


Yyes Saint Laurent (YSL)

Selain gincu dan pembayang mata, kini celak ungu biru juga telah mengambil alih dunia solekan. Dengan kehadiran warna ini, ia telah membuktikan kepelbagaian warna yang menakjubkan boleh digayakan pada solekan harian.



YSL Crushliner Stylo Waterproof kod 3 adalah pilihan yang baik untuk anda yang mahu membuat kenyataan yang berani untuk mata. Anda juga boleh menggabungkannya dengan pelbagai kemasan dan aplikasi seperti menambah kilauan dan glam pada mata anda.

Gucci

Pilihan gincu lain yang menawarkan tona seakan Very Peri boleh didapatkan menerusi koleksi Gucci Rouges A Levres Mat Lipstick. Antara kod yang boleh anda cuba termasuklah 711 Jenny Purple dan 701 Sydney Lavender.


Menurut penawaran di laman Sephora Malaysia hanya stok 701 sahaja yang ditawarkan kepada pengguna tempatan. Harga yang ditawarkan adalah RM160 sebatang.


Manakala untuk kod 711, ia merupakan variasi edisi terhad yang diperkenalkan dalam koleksi Rouge Lèvres Mat. Untuk pengetahuan anda juga, gincu ini dirumus khas dengan pigmen yang pekat dan lilin pembentuk gel yang mana ia menjadikan warna gincu lebig cerah dengan rasa yang lembut seperti baldu.

Clinique

Pembayang mata lain yang turut boleh anda dapatkan adalah Clinique All About Shadow Quad in Going Steady. Ia menawarkan 4 pilihan pembayang mata dnegan rona ungu biru dari variasi cerah sehingga ke gelap.


Dari segi kemasan, keempat-empat warna ini mempunyai kilauan yang minimal menjadikan ia mudah untuk digayakan dalam solekan harian. Jika di Cosmetic Now MY, ia dijual pada harga sekitar RM204 sebuah.