Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang pertama UNIQLO Da Square di Bandar Sri Damansara, anda berpeluang untuk merebut kad hadiah Chatime yang bernila RM15 secara percuma bermula 13 Disember sehingga 19 Disember 2021.

Menerusi penawaran kad hadiah ini, anda boleh mendapatkan variasi pilihan minuman dari Chatime termasuk Chatime Brown Sugar Pearl Milk Tea, Dalgina Hazelnut Chocolate, Cendol Milk Tea, Milo Protein Ganola Hazelnut Milk dan banyak lagi.

Namun, harus diingatkan bahawa penebusan ini hanya terhad untuk 200 pelanggan terawal setiap hari pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) sementara, 300 pelanggan terawal setiap hari pada hari Sabtu dan Ahad yang melakukan pembelian di UNIQLO Da Square sahaja.


Untuk mendapatkan kad hadiah Chatime ini, anda perlu melakukan pembelian di dalam satu resit yang sama dengan jumlah minima RM250. Jadi apa tunggu lagi, lakukan pembelian di UNIQLO Da Square sekarang dan dapatkan kad hadiah Chatime percuma!