Carian
Ingin Menggelapkan Cermin Kereta? Ini Adalah Kadar Ketelusan Cermin Gelap Yang Dibenarkan JPJ
December 14, 2021 Lina Rosli

Sekiranya anda mempunyai niat untuk memasang warna tingkap atau tinted di kereta anda, maka anda perlu mengetahui beberapa garis panduan yang dikeluarkan JPJ sebelum mula melakukannya.

Hal ini bagi mengelakkan daripada pemasangan warna tingkap yang tidak menepati piawaian sekaligus boleh menyebabkan kesalahan undang-undang sepanjang pemakaian cermin gelap pada kereta anda.


Penggunaan Cermin Gelap – Peratusan Ketelusan Cahaya Yang Dibenarkan Oleh JPJ

Bagi setiap cermin pada kereta, ia mempunyai kadar ketelusan yang tertentu sekiranya anda ingin menggunakan cermin gelap.


Berikut adalah kadar ketelusan yang dibenarkan:

  • Cermin Hadapan – Kadar ketelusan cahaya adalah 70%
  • Cermin Sisi Hadapan – Kadar ketelusan cahaya adalah 50%
  • Cermin Sisi Belakang & Cermin Belakang – Kadar ketelusan cahaya adalah pelbagai. Tiada had bagi pemasangan warna tingkap gelap bagi kedua-dua cermin sisi belakang dan cermin belakang.

Walau bagaimanapun untuk pemasangan cermin gelap sepenuhnya di bahagian belakang, kenderaan perlu mempunyai cermin pemantul untuk bahagian kanan dan kiri.

Apa Terjadi Jika Anda Memasang Warna Tingkap Yang Tidak Menepati Piawaian Yang Ditetapkan?

Bagi individu yang menggunakan cermin gelap yang menyalahi undang-undang, pemandu boleh dikenakan saman tidak melebih RM2,000 atau juga boleh dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan.

Jika anda telah melakukan kesalahan lebih dua kali, pemandu boleh dikenakan saman tidak melebih RM4,000 atau juga boleh dipenjarakan tidak melebihi 12 bulan.

Akhir sekali, pemandu kenderaan yang ingin menggunakan cermin gelap untuk kenderaan mereka atas faktor keselamatan atau kesihatan boleh memohon kelulusan penggunaan cermin gelap daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum pemasangan dilakukan.

Sumber: Facebook JPJ Malaysia

Komen