Siapa sahaja yang tidak menggemari jika boleh mendapatkan kuantiti makanan dan minuman yang banyak dan hanya perlu membayarnya pada harga yang rendah?

Untuk mendapatkannya, anda boleh muat-turun aplikasi FamilyMart yang terkini bagi menikmati pelbagai promosi menarik yang ditawarkan kepada semua pelanggannya.


Melalui aplikasi FamilyMart ini, anda boleh mendapatkan dan merebut baucar untuk memperoleh penjimatan semasa pembelian di rangkaian fizikal FamilyMart berdekatan ataupun melakukan pesanan makanan dan minuman terus daripada aplikasi dan dihantar di hadapan pintu rumah anda.

Apa yang menarik, kedua-dua pembelian ini mempunyai bakul (cart) yang berbeza iaitu; e-commerce dan voucher.


Untuk penawaran baucar, anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan Voucher Pack dan Bundle Vouchers di Famideals. Antara tawaran yang menarik adalah:

  • Voucher Pack RM60 yang ditawarkan pada harga hanya RM50 sahaja. Ia akan menawarkan kepada anda 6 keping baucar RM10 yang boleh ditebus untuk pelbagai pembelian seperti Onigiri, Sofuto dan lain-lain.
  • Voucher Pack RM240 yang ditawarkan pada harga hanya RM200 sahaja. Ia akan menawarkan kepada anda 6 keping baucar RM40 dan baucar ini sah dalam tempoh 1 bulan.
  • Bundles Voucher 5 Sofuto Cone/Sundae pada harga RM9.90. Dengan ini anda dapat jimat sehingga RM10 untuk pembelian 5 aiskrim yang bernilai RM3.90.

Selain itu juga, anda turut boleh mengumpul mata ganjaran untuk setiap pembelian yang dilakukan. Bagi setiap mata yang terkumpul, anda boleh menebus sama ada 1 Sofuto atau 1 Hotbar menggunakan 225 pts. Sementara 1 regular Latte memerlukan 275 pts untuk mula menikmatinya.

Menarik bukan? Jangan ketinggalan untuk muat-turun aplikasi MY FamilyMart di kedai atas-talian App Store dan Play Store bermula hari ini!