Sekiranya anda mengambil diet yang tinggi dalam makanan yang diproses, ia berkemungkinan besar anda makan lebih banyak makanan jika dibandingkan dengan makanan biasa.

Makanan proses di sini merujuk kepada makanan ultra-proses yang biasanya diformulasikan dari bahan seperti garam, gula, minyak dan lemak serta bahan makanan yang tidak digunakan dalam penyediaan masakan, khususnya perisa, pemanis warna, pengemulsi, dan bahan tambahan lain yang digunakan untuk memenuhi kualiti deria.


Menurut penyelidik, ia mempunyai perkaitan antara makanan ultra-diproses dan isu obesiti. Ia menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan diet ultra-proses akan maka lebih banyak makanan sehingga boleh meningkatkan berat badan.

Mengapa Anda Akan Makan Lebih Banyak Jika Mengamalkan Diet Berasaskan Makanan Proses?

Untuk pengetahuan anda, diet berasaskan makanan ultra-proses cenderung mengandungi kalori yang lebih padat dan kurang kandungan air, menjadikan setiap makanan individu kurang mengenyangkan.

Oleh itu, untuk mencapai rasa kenyang, individu akan mencari makanan lain sebagai tambahan. Dan daripada situ juga, para penyelidik membuat hipotesis yang mana salah satu sebab mengapa makanann proses membuatkan anda makan lebih banyak adalah diakibatkan oleh tahap kelajuan mereka makan.

Secara amnya, individu yang makan makanan ultra-proses akan makan lebih cepat dan ini mungkin menyumbang kepada makan berlebihan. Hal ini dapat dikaitkan juga dengan kekerapan mengunyah yang mana jika anda mengunyah makanan lebih lama, ia adalah proses yang baik untuk menurunkan berat badan.


Amalkan Tabiat Pemakanan Yang Sihat

Memang benar bahawa tidak semua makanan proses boleh memburukkan kesihatan. Sebagai contoh, susu dan jus kebanyakannya diperkaya dengan kalsium dan vitamin D serta sangat sesuai dipadankan dengan bijirin yang kaya dengan serat tambahan.

Namun, tahukah anda yang mana makanan yang diproses secara minimum sebenarnya boleh membantu anda makan lebih banyak makanan padat nutrien.

Jika anda ingin meminimumkan pengambilan makanan yang diproses, sasarkan untuk melakukan lebih banyak penyediaan makanan dan memasak di rumah. Sediakan asas makanan seperti pes makanan yang disediakan di rumah, memilih juga sayur-sayuran dan sumber protein yang segar.


Tidak salah untuk makan makanan yang diproses secara sederhana, tetapi elakkan makanan yang mengandungi banyak gula tambahan, lemak dan garam.