Ada individu yang lebih gemar berjalan pantas, namun ada juga yang lebih memilih untuk berjalan perlahan tetapi pada tempoh yang lama. Ia semua bergantung kepada faktor luaran seperti saiz badan, ketahanan kardiovaskular dan sebagainya.
Namun, manakah yang lebih baik? Untuk mengetahui perbezaan ini, Tajria akan berkongsi kepada anda kelebihan berjalan pantas dan juga berjalan perlahan tetapi lama serta amalan manakah yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian.
Berjalan Pantas Atau Berjalan Perlahan Tetapi Lama Lebih Baik?
Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, antara kelebihan berjalan pantas termasuklah:
- Meningkatkan kadar denyutan jantung yang mana aliran darah akan berjalan lebih pantas dan lancar.
- Membantu menurunkan berat badan selain meningkatkan kecergasan dan daya ketahanan tubuh.
- Meningkatkan fleksibiliti otot dan sendi.
- Menguatkan otot terutamanya otot kaki dan perut anda.
Manakala kelebihan berjalan perlahan untuk tempoh yang panjang pula adalah anda dapat membakar kalori serta mengurangkan tekanan sendi. Kebiasaannya, jika anda mempunyai masalah untuk berjalan pantas, berjalan lebih perlahan daripada biasa adalah alternatif yang baik. Namun, anda harus melakukannya lebih lama sedikit untuk meningkatkan jumlah kalori yang dibakar.
Menjawab kepada persoalan “Berjalan pantas atau berjalan lama lebih baik?”, jawapannya berjalan pantas. Hal ini kerana, berjalan perlahan tidak menawarkan banyak manfaat kardiovaskular kerana ia adalah aktiviyi berintensiti rendah.
Oleh itu, mereka menasihati gabungan berjalan perlahan-lahan dan aktiviti berimpak rendah lain seperti berenang, berbasikal dan latihan kesihatan yang mudah.
Secara umumnya, berjalan kaki adalah aktiviti yang sangat baik untuk kesihatan kerana ia adalah aktiviti kecergasan yang boleh diakses oleh kebanyakan orang dari semua peringkat umur.
Jadinya, Tajria mencadangkan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap yang akan mencabar fisiologi kita dan mungkin menjadikan berjalan lebih daripada senaman.