Khusus untuk peminat aiskrim atau sundae, kini anda juga boleh mula mendapatkan sundae coklat dan strawberi dari Texas Chicken pada harga bermula RM4 sahaja.
Menjadikan ia lebih menarik adalah, anda turut boleh memperibadikan sundae pilihan anda menerusi 6 pilihan toppings yang boleh disesuaikan mengikut citarasa anda.

Berikut adalah 6 toppings yang ditawarkan iaitu:
- Chocolate Chips
- Nata De Coco
- Mini Marshmallows
- Crush Oreo
- Rainbow Sprinkles
- Rice Pops
Untuk kesemua tambahan toppings ini, anda hanya perlu menambah RM1 sahaja bagi setiap pilihan kecuali Rice Pops yang mana anda hanya perlu membayar 50 sen sahaja untuk mendapatkannya.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba sundae kegemaran anda bermula hari ini di Texas Chicken Malaysia berdekatan anda!