Bagi yang tidak mengetahui, Kolera merupakan penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan cirit-birit teruk akibat pengambilan makanan atau air yang tercemar dengan bakteria yang dinamakan Vibrio cholerae.

Kebanyakan jangkitan Vibrio cholerae adalah asimptomatik. Tetapi terdapat juga kes ringan yang banyak dialami individu seperti cirit-birit tanpa gejala lain.

Sementara kes yang lebih merisaukan, individu cenderung mengalami cirit-birit yang teruk dengan loya dan muntah serta boleh menyebabkan dehidrasi melampau.


Tahukah Anda Kolera Antara Wabak Tertua Dalam Sejarah? 

Kolera adalah salah satu penyakit wabak tertua yang dicatatkan dalam sejarah dan ia berkait rapat dengan akses yang tidak mencukupi terhadap air bersih dan sistem sanitasi.

Untuk pengetahuan anda juga, Kolera ini juga pernah dikategorikan sebagai pandemik yang mana ia pertama kali muncul dari Delta Ganges dengan wabak di Jessore, India, pada tahun 1817.

Wabak ini berpunca daripada pengambilan beras yang tercemar. Penyakit ini dengan cepat merebak ke seluruh India, Myanmar dan Sri Lanka. Kemudiannya, ia mula merebak di sepanjang laluan perdagangan yang dilalui oleh pedagang Eropah.


Jika di Malaysia pula,walaupun pencapaian kesihatan awam sudah semakin moden dan membesar, Kolera masih menjadi cabaran di kawasan Borneo Malaysia seperti di Sabah. Kes pertama yang dilaporkan di Malaysia bermula di Kudat iaitu wilayah utara Sabah pada tahun 2012.

Bagaimana Menghindari Penyakit Kolera?

Tidak dinafikan yang mana Kolera ini berkemungkinan besar tidak akan berjangkit daripada satu orang kepada orang yang lain. Namun, ia boleh merebak dengan cepat di kawasan tanpa rawatan kumbahan dan air bersih lebih-lebih lagi sumber yang digunakan untuk penyediaan makanan.

Oleh itu, adalah amat penting untuk anda mendapatkan bekalan air yang bersih untuk penggunaan harian. Menurut Waterco, disebabkan di Malaysia kebanyakan kawasan memerlukan anda untuk mendapatkan air daripada sumber yang sama, maka sanitasi dan menjaga kebersihan air adalah strategi utama dalam mencegah dan mengawal penyebaran penyakit bawaan air.

Pastikan Air Isi Rumah Yang Digunakan Berkualiti Dan Bersih

Air isi rumah atau air domestik adalah air yang kita gunakan untuk rutin harian kita seperti minum, memasak, mandi, menggosok gigi, mencuci dan banyak lagi. Jadinya, adalah penting untuk ia menawarkan bekalan yang berkualiti setiap hari.

Antara perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan aliran air bersih yang berterusan di rumah kita ialah dengan penyimpanan air yang selamat seperti diletakkan di dalam bekas tertutup sebagai langkah penyediaan untuk menghadapi situasi sekiranya kita tidak mempunyai akses kepada air bersih.

Selain itu, anda boleh memasang sistem penapisan air isi rumah yang berkualiti tinggi seperti yang dibekalkan oleh Waterco, syarikat penyedia penyelesaian sehenti yang terkemuka untuk persekitaran air yang selamat dan sihat, untuk menghapuskan bahan berbahaya dalam air yang mampu menjejaskan kesihatan kita.


Amalkan Kebersihan Air Apabila Menyediakan Makanan Dan Minuman

Walaupun kita mempunyai akses kepada air paip yang bersih untuk kegunaan harian, kita dinasihatkan untuk memasak air tersebut sebelum digunakan untuk minum atau makan sebagai langkah berjaga-jaga.

Mendidihkan air adalah cara yang berkesan untuk menjadikan air lebih selamat untuk diguna kerana ia membantu membunuh bakteria yang tidak diingini dan berbahaya kepada kesihatan kita.

Oleh itu, membiarkan air mendidih selama sekurang-kurangnya satu minit sebelum diminum atau menggunakannya untuk penyediaan makanan adalah digalakkan.

Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan air yang ditapis dan air botol untuk kegunaan harian. Selain itu juga, kita juga harus memberi perhatian terhadap kebersihan semasa menyediakan makanan kerana makanan yang tidak bersih boleh mengakibatkan bukan sahaja penyakit bawaan air.


Masak Makanan Dengan Sempurna

Bagi mereka yang gemar memasak, pastikan anda memasak makanan sepenuhnya apabila anda lebih-lebih lagi yang melibatkan makanan laut dan daging.

Daging mentah mengandungi bakteria berbahaya dan daging yang tidak disimpan dan dimasak dengan betul boleh menyebabkan keracunan makanan dan penyakit lain.

Cadangannya, jika anda ingin mendapatkan makanan seperti sashimi dan daging separuh masak, anda boleh mengunjungi restoran yang mempunyai tahap kebersihan yang tinggi sepanjang proses penyimpanan, penyediaan dan memasak untuk elak daripada memudaratkan kesihatan.

Kerap Basuh Tangan

Kerap menjaga kebersihan tangan telah menjadi norma baharu sejak penularan wabak COVID-19. Ia adalah salah satu cara yang mudah tetapi berkesan untuk mencegah daripada penyakit dan seharusnya diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Apabila tangan kita sentiasa bersih, kita boleh mengurangkan kebimbangan lalu memastikan kebersihan dalam proses penyediaan makanan. Basuh tangan anda dengan teliti dengan menggunakan air bersih dan sabun sambil memberi perhatian pada bahagian belakang tangan, kuku dan antara jari-jari anda.


Kunjungi Kawasan Air Yang Disanitasi Dengan Betul

Aktiviti berenang merupakan kegiatan yang sihat, namun ia juga penting untuk memastikan kolam renang tersebut mempunyai air yang bersih. Hal ini kerana penyakit bawaan air boleh merebak melalui pengambilan air yang tercemar.

Jika anda berada di dalam air yang kotor dan mengandungi bakteria berbahaya, ia sudah tentu akan menyebabkan kerengsaan, kulit sensitif dan sebagainya.

Akhir sekali, Dengan usaha yang sudah bertahun-tahun lamanya oleh sektor awam dan swasta untuk menambah baik rawatan kumbahan dan rawatan air di negara ini, kebanyakan rakyat Malaysia dapat menikmati air yang bersih dan selamat untuk kegunaan harian mereka sambil mengelakkan penyakit bawaan air.