Terdapat segelintir individu yang tidak lekang memegang peranti pintar mereka tidak kira waktu makan, sebelum tidur, ketika beriadah dan banyak lagi. Jadinya, jenama minuman terkenal Pepsi kini melancarkan Pepsi Blackout Hour bagi mencabar anda untuk berhenti seketika daripada menggunakan gajet dan menikmati hubungan yang berkualiti ketika waktu makan.

Pengalaman Pepsi Blackout Hour ini diadakan secara langsung di restoran dan platform atas-talian bermula 15 Disember 2021 hingga 4 Januari 2022 sebagai galakan untuk mewujudkan detik-detik berkualiti dengan insan tersayang ketika waktu makan. 


Jika anda ingin menyertai cabara ini, anda hanya memerlukan meletakkan telefon pintar anda di tepi sepanjang waktu yang ditetapkan dan kemudian membeli Pepsi Black ‘Taste of Malaysia’ Edisi Terhad dan mengimbas kod QR yang terdapat padanya.


Kemudian, ikuti langkah-langkah yang ditetapkan pada laman web yang disediakan. Sekiranya pergerakan dikesan pada telefon, penyertaan anda akan dibatalkan. Peserta yang berjaya melengkapi  cabaran akan memenangi e-Voucher Grabfood bernilai RM20 selagi stok masih ada.

Untuk mengalami pengalaman sepenuhnya, anda boleh mengunjungi cawangan restoran yang terlibat bagi melakukan cabaran ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah tambahan termasuk barangan Pepsi yang menarik.

 Untuk maklumat lanjut yang terkini, layari laman Facebook Pepsi atau Instagram di @pepsimy.