Berikutan hujan yang berlarutan dan pembukaan empangan telah menjejaskan beberapa kawasan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang yang mana rata-rata kawasan perumahan dan bandar telah dinaiki air sehingga paras yang tinggi.
Rentetan itu, pastinya banyak kenderaan persendirian yang turut ditelenggami air. Bagi mengurangkan beban individu yang terlibat, Perodua menawarkan bantuan, termasuk rebat perkhidmatan tunda kenderaan, diskaun ke atas alat-alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma kenderaan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir.

Bagi anda yang ingin membuat tuntutan untuk perkhidmatan menunda kenderaan, had maksimum yang boleh diberikan mencecah sehingga RM100 di pusat servis Perodua bergantung kepada terma dan syarat.
Selain itu, Perodua juga turut menawarkan potongan 20% untuk alat-alat ganti terpilih seperti semua barangan elektronik, gasket baik pulih enjin, tempat duduk kenderaan, kemasan pintu dan permaidani.

Bagi yang ingin mengunjungi pusat servis Perodua, anda boleh merujuk mana-mana cawangan perkhidmatan yang lain di seluruh Malaysia untuk mendapatkan bantuan.
Pelanggan Perodua, yang kenderaannya mengalami kerosakan akibat banjir digalakkan untuk menghubungi talian perkhidmatan pelanggan bebas tol Perodua di 1-800-88-5555 untuk bantuan menunda.
Sumber: Perodua