Tiada apa-apa yang lebih buruk daripada melakukan cucian pakaian pada musim hujan kerana sudah tentu ia sukar untuk mengeringkan pakaian dan menghindarinya daripada berbau busuk.
Menyidai pakaian basah di dalam bilik pastinya tidak mempunyai udara dan cahaya yang cukup untuk memastikannnya betul-betul kering. Akibatnya, ia akan menjadi masam dan berbau hapak sekaligus turut boleh menyebabkan pertumbuhan kulat pada fabrik.
Cara Mengeringkan Pakaian Di Dalam Rumah
Ingin mengeringkan pakaian anda di dalam tanpa mesin pengering? Berikut adalah panduan dan langkah demi langkah untuk anda melakukannya:
Langkah Pertama: Putarkannya Dalam Mesin Basuh Sebelum Dikeluarkan
Putar pakaian sehingga kering di dalam mesin basuh. Dengan ini, ia sedikit sebanyak membantu memerah dan membuang lebih banyak air yang berlebihan daripada cucia anda.
Kebanyakan mesin basuh akan membolehkan anda menjalankan kitaran putaran tambahan tanpa perlu menambah lebih banyak air, yang akan membantu mengeringkan basuhan anda dengan lebih banyak lagi.
Langkah Kedua: Ubah Cara Sidai Anda
Anda boleh praktikkan cara sidai yang baharu seperti:
- Gantungkan pakaian pada ampai dan susunnya secara jarak ketika mengeringkan pakaian di dalam rumah. Dengan ini ia membolehkan peredaran udara dan pengeringan lebih cepat.
- Elakkan daripada membasuh baju terlalu banyak pasa satu-satu masa.
- Letakkan pakaian berhampiran kipas atau lubang haba untuk mengeringkan pakaian lebih mudah.
Bukan itu sahaja, setiap jenis pakaian harus digantung dengan cara tertentu supaya ia kelihatan terbaik. Contohnya;
- Seluar: Padankan jahitan kaki bahagian dalam seluar, dan sepit pakaian pada labuh kaki ke garisan, dengan pinggang dijuntai ke bawah.
- Baju: Jika tidak menggunakan penyidai, anda perlu hamparkannya rata untuk memastikan keseluruhan fabrik mudah dikeringkan.
- Stokin: Gantung stokin secara berpasangan dan biarkan bukaan atas tergantung ke bawah.
- Cadar katil: Lipat cadar atau selimut menjadi dua dan sematkan setiap hujung pada garisan.
Langkah Ketiga: Pantau Situasi
Setiap beberapa jam, perhatikan keadaan baju dan pakaian anda. Tukar susunan pakaian yang paling banyak kena matahari dan paling kurang kering secara bergilir.
Melaluinya, kesemua pakaian dapat dikeringkan pada tempoh yang sama dan mengelakkan daripada pakaian tersebut menjadi busuk. Atau cara lain, pastikan pakaian yang paling sukar kering diletakkan di barisan hadapan ampaian.