Kobis boleh digunakan dalam banyak gaya masakan yang berbeza. Malah, terdapat juga pelbagai jenis perbezaan kobis yang dijual di pasaran.

Untuk pengetahuan anda, setiap kobis mempunyai sifat dan kekuatan tersendiri yang berfungsi lebih baik dalam aplikasi yang berbeza. Terdapat empat jenis kobis yang perlu anda ketahui iaitu kobis hijau, kobis merah, kobis Napa, dan kobis savoy.

Secara luarannyam kobis hijau, Napa dan savoy semuanya berwarna hijau, manakala kobis merah adalah satu-satunya pilihan merah dalam senarai. Kebiasaannya, orang ramai menggemari sayur kobis kerana ia boleh kekal segar sehingga dua bulan jika disimpan dengan betul di dalam peti sejuk yang dibalut dengan plastik berbanding sayurang hijau yang lain.


Bagaimana untuk membezakan antara empat jenis kubis di pasaran?

Berikut adalah perbezaan kobis dari segi tekstur, rasa dan juga kaedah masakan yang sesuai:

Kobis Hijau

Di kebanyakan rumah, kobis hijau adalah kobis yang paling asas. Jika dimakan mentah, ia biasanya mempunyai rasa ringan. Jenis kobis ini sesuai digunakan di dalam salad atau untuk masakan tempatan, ia sesuai digoreng dan ditumis bersama bawang dan ikan bilis.


Kobis Merah

Kobis merah pula banyak disediakan sebagai hiasan dan salad. Hal ini kerana, rona kobis merah yang meriah menambahkan keceriaan pada banyak hidangan. Malah, ia juga mempunyai rasa yang lebih kuat dan sedikit savory berbanding kobis hijau.


Kubis Napa

Jenis kobis ini juga dipanggil sebagai kobis Cina. Ia mempunyai bentuk bujur dan panjang berbanding kobis merah dan hijau.

Kubis Napa mempunyai daun yang lembut, berjumbai atau beralun dan rasa yang lebih manis. Untuk kobis ini, anda dicadangkan untuk menggunakannya di dalam masakan seperti mi goreng, mi sup atau makanan berkuah kerana ia tidak menambah rasa yang ketara seperti kobis merah.


Kobis Savoy

Sama seakan kobis merah dan hijau, ia sesuai dimasak dan dijadikan salad. Dari segi luaran, ia mempunyai warna yang lebih gelap seakan hijau tua. Manakala untuk rasa dan tekstur pula, daunnya tidak mudah patah dan sedikit lebih lembut. Jika hendak dimakan mentah, ia adalah pilih kobis yang terbaik.


Kelebihan Penyediaan Kobis Di Dalam Hidangan

Kobis adalah jenis sayuran yang kaya dengan kelebihan seperti kalsium, fosforus, zat besi, sodium dan potasium. Malah, ia turut mengandungi vitamin A, B dan C yang dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati.

Malah, kobis juga berupaya dalam menghindarkan pengeluran karsinogen atau bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kobis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.

Sumber: Hello Doktor