Carian
Harry Potter X ARIANI – Kolaborasi Eksklusif Yang Menampilkan Rekaan Monogram ‘H’ Pada Tudung, Tumbler, Lanyard
December 21, 2021 Lina Rosli

Perhatian kepada peminat siri Harry Potter, nampaknya jenama tudung terkemuka ARIANI kini menampilkan kolaborasi eksklusif untuk keluaran terakhir mereka pada tahun 2021.

Menerusi koleksi Harry Potter X ARIANI, ia memperlihatkan rekaan corak yang cukup menarik dan elegan, menepati citarasa hijabista masa kini.


Rekaan monogram ‘H’ yang disusun secara klasik ini diinspirasikan daripada filem ikonik Harry Potter yang menampilkan teks nama Hogwarts yang terkenal dan menggabungkan unsur-unsur ‘Wizarding World’ dengan sentuhan cerah dan berwarna-warni yang dapat disesuaikan dengan identiti ARIANI.


Menerusi perkongsian ARIANI di laman rasmi Instagram mereka, koleksi Harry Potter X ARIANI boleh mula didapatkan pada tarikh 24 Disember 2021. Tidak hanya itu, kolaborasi mega ini juga akan membawakan pelbagai jenis barangan termasuk tudung, pakaian RTW seperti blaus, skirt dan sweatshirt serta kelengkapan harian termasuk botol air, sarung komputer riba dan banyak lagi.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan koleksi istimewa Harry Potter X ARIANI!

Komen