Carian
Program Bantuan Banjir Toyata Menawarkan Perkhidmatan Tunda Kenderaan Secara Percuma, Diskaun Servis Pembaikan 25%
December 21, 2021 Lina Rosli

Kini, Toyota pula hadir dengan Program Bantuan Banjir mereka yang tersendiri bagi kenderaan Toyota yang terkesan dan terjejas akibat banjir di kawasan yang terlibat di seluruh Malaysia.

Bagi anda yang memerlukan bantuan untuk menunda kereta yang telah ditelenggami air, Toyota menyediakan perkhidmatan tersebut secara percuma. Manakala untuk kos pembaikan pula, potongan harga sehingga 25% akan ditawarkan kepada kenderaan yang memerlukan penukaran alat ganti atau pemulihan semula.


Selain itu, jenama kenderaan terkemuka ini juga menawarkan pilihan pembayaran secara ansuran tanpa faedah menerusi “Pelan Pembayaran Mudah” untuk pelanggan yang layak.

Akhir sekali, bagi memastikan pelanggan yang terjejas mendapat akses kepada bantuan dan perkhidmatan yang mereka perlukan untuk kenderaan mereka yang rosak akibat banjir, semua Pusat Servis Toyota dan Pusat Body & Paint akan terus dibuka dan beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu semasa tempoh kritikal ini.

Untuk mendapatkan bantuan, pemilik Toyota yang terjejas banjir boleh menghubungi Talian Bebas Tol Toyota di 1-800-8-869682 atau dapatkan bantuan dari 24SEVEN Road Assist Toyota di 1-800-888-247 bermula hari ini.

Sumber: Toyota

Komen