Jalur pori adalah topeng penjagaan kulit yang dijual pada harga berpatutan dan mudah diakses oleh kebanyakan individu.
Penggunaan jalur pori ini dikatakan dapat mengurangkan penampilan liang yang besar dan tersumbat. Ia bukan sahaja mudah digunakan dan boleh didapati di setiap kedai ubat, tetapi ia juga berkesan untuk sokongan pembersihan kotoran.
Walau bagaimanapun, penting juga untuk kita tahu akan keselamatan penggunaan jalur pori. Hal ini kerana, pengelupasan yang berlebihan dan menggunakan bahan-bahan yang keras terhadap kulit boleh mendatangkan masalah.
Jadi adakah jalur pori ini berkesan dan selamat untuk menghilangkan bintik hitam?
Adakah Jalur Pori Baik Untuk Kulit Anda?
Apabila digunakan dengan betul, jalur pori sememangnya akan memberikan manfaat.
Harus diingatkan, jalur pori tidak semestinya tidak baik untuk kulit anda, tetapi penting untuk mempunyai jangkaan yang realistik apabila menggunakannya. Ia boleh membantu memperbaiki penampilan bintik hitam buat sementara waktu, tetapi ia tidak direka untuk menghalang jerawat atau bintik hitam daripada terbentuk.
Isu biasanya timbul jika anda mempunyai kulit yang sensitif dan tidak sesuai untuk jalur pori timbul selain anda turut menggunakannya sebagai satu-satunya bentuk untuk menghilangkan bintik hitam.
Jika anda mempunyai kulit sensitif atau anda menggunakan pengelupasan yang kuat, seperti Retin-A, ia boleh menyebabkan tindak balas atau bahkan melecur pada kulit. Pakar dermatologi mendapati bahawa jalur pori boleh merengsa atau mengeringkan kulit.
Bolehkah Menggunakan Jalur Pori Sebagai Satu-Satunya Produk Pembersihan Kulit?
Jawapannya tidak.
Jalur pori tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya kaedah untuk menghilangkan bintik hitam kerana jalur pori boleh membahayakan penghalang kulit.
Terdapat beberapa perdebatan mengenai sama ada ia menyebabkan kapilari pecah atau tidak. Menurut pakar, akan berlakunya trauma jika ia dipakai berulang pada kulit, terutamanya jika anda sudah mempunyai rosacea kerana ia boleh menyebabkan kapilari pecah dalam jangka masa panjang sekaligus menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan.
Namun, ia boleh digunakan secara sederhana jika anda mempunyai jenis kulit berminyak atau memerlukan pembaikan segera untuk kotoran kulit yang kelihatan jelas.
Apakah Alternatif Untuk Jalur Pori?
Amalan terbaik adalah menggunakan produk pengelupasan lembut atau menggunakan retinoid ke kawasan yang dikehendaki. Ia didapati bahawa kaedah ini lebih berkesan dan berjaya menggantikan sel kulit mati dan mengurangkan penampilan liang-liang.
Pengelupasan kimia, seperti asid salisilik dan asid glikolik turut boleh digunakan untuk menembusi jauh ke dalam pori-pori untuk menghilangkan sebum, sel-sel kulit mati dan serpihan yang menyebabkan kemunculan pori-pori besar dan bintik hitam.
Tempoh penggunaan produk pengelupasan adalah sekitar dua hingga tiga kali seminggu bagi memberi masa produk untuk memperbaiki tekstur kulit, mengurangkan perubahan warna dan mencerahkan kulit.